CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkejut lihat pemandu berhenti kencing di lampu isyarat - “Bila hujan naiklah bau hancing angkara spesis pengotor begini”

3-1-2025 08:06 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12770| Komen: 22

 


PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu melepaskan hajat ketika memberhentikan kenderaan di lampu isyarat mendapat kecaman orang ramai.

Melalui satu rakaman yang tular di laman Thread, pemandu berkenaan dilihat keluar dari kenderaannya ketika lampu isyarat merah dan terus membuang air kecil di situ.

“Bila hujan naiklah bau hancing angkara spesis pengotor begini,” tulis hantaran itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan individu berkenaan yang dikatakan tidak menjaga kebersihan tempat awam.

“Kalau aku dekat belakang aku hon saja sampai bateri kereta lemah,” kata henna.

“Dah tak ada tandas ke dekat negara kita ini sampai nak kencing merata-rata,” kata Syahidan.

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat kemungkinan individu berkenaan mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan dia berbuat demikian.


“Tapi kan, mungkin dia ada masalah kesihatan contoh – prostate, diabetes. Lampin dewasa RM6 ke RM8 sekeping, jangan cepat sangat menilai bila kita tak tahu punca dia. Tapi, kalau dia sihat dan buat begitu memang patut kena marah,” kata Itsme.

“Saya agak kesian sebab orang tua kebanyakan susah nak tahan kencing tapi terlalu ego nak pakai lampin atau mahal untuk dibeli sebagai keperluan harian,” kata Damia. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 3-1-2025 08:24 AM
Dulu masa kecik duk qrts, jiran baba.. pagi² suami baba ni kencing pokok dia tanam. alasan air kencing baja utk pokok...
Quote SWORKS27 3-1-2025 08:32 AM
type c kot ni..spesis tua2 totok...dah x boleh kawal pundi kencing...kencing merata macam anjir
Quote Radzor 3-1-2025 08:34 AM
[tiktok]7454519854486408456[/tiktok]

warga apa ni
Quote nisako 3-1-2025 09:18 AM
teruknyeeeeeeeeeeeee
Quote SWORKS27 3-1-2025 09:56 AM

pemandu cacat eh...beli sticker tampal..
cacat otak rupanya....

Quote BoongaKertas 3-1-2025 10:28 AM
bukan nak kondem org tua yg xleh tahan pundi ni. tp melampaunya buang dekat kwsn umum mcm tu. mmg xde kemaluan sgguh.
Quote salimrock 3-1-2025 10:35 AM
antara cabaran zaman moden, nak kencing pn susah sebab ramai ada kamera

jaman awal 2000 dulu, kitorang kencing merata..... pasu bunga , pondok telefon awam, kadang2 bit polis kosong pn kena kencing


tepi jln tu biasa sgt la...
Quote salimrock 3-1-2025 10:36 AM
BoongaKertas replied at 3-1-2025 10:28 AM
bukan nak kondem org tua yg xleh tahan pundi ni. tp melampaunya buang dekat kwsn umum mcm tu. mmg xd ...

kdg2 kasian juga, mgkn org tua ni ada maslah
Quote plywood 3-1-2025 10:47 AM
salimrock replied at 3-1-2025 10:36 AM
kdg2 kasian juga, mgkn org tua ni ada maslah

aku selalu aman dgn komen ko ni salim, selalu ada empati..

Quote BoongaKertas 3-1-2025 11:17 AM
salimrock replied at 3-1-2025 02:36 AM
kdg2 kasian juga, mgkn org tua ni ada maslah

iols cuba fhm chuols. sbb pernah tgk uncle ni dia berhentikan kereta and dia membuang tepi semak. tp yg ni mcm too open.
Quote Decaffeinated 3-1-2025 11:58 AM
Apasal pulak bila hujan naik hancing? Hujan nanti settle lah, air mutlak dari langit setakat kencing apek tak sampai secawan tak kan tak boleh clear.

Bila dah rasis otak terus tak boleh fikir simple logic, belum lagi suruh fikir saintifik.
Quote PULANGKAN 3-1-2025 01:52 PM
teringat beberapa tahun lepas, depan terowong menora. masa tu hujan lebat, gelap, sejuk. pastu jem lak tu nak masuk terowong

tiba2 ada motor berhenti tepi jalan dalam hujan lebat, sebelah kereta iols
dia ngadap hutan, ulang suara, tepi highway ye, dalam hujan lebat,
and then.. swooosh dia kencing, bukan hala ke bawah, hala ke depan. jauh gila air tu pegi, hahaha, terkejut iols. first time tengok. kuat jugak ye pressure kencing lelaki ni

yang kesiannya, kereta belakang la. sebab angin waktu tu tolak arah diorang. air hujan camtu air kencing gamaknya. balik tu harap samak kereta la ye kome
Quote Minami2013 3-1-2025 02:00 PM
Manusia tak bertamadun dah mcm binatang pulak main pancut sana sini.
Quote sharlenetexas 3-1-2025 02:21 PM
salimrock replied at 3-1-2025 10:35 AM
antara cabaran zaman moden, nak kencing pn susah sebab ramai ada kamera

jaman awal 2000 dulu, kitor ...

Patutlah hancing!

Quote sharlenetexas 3-1-2025 02:23 PM
Pastu tok pazley seluar ketat duk cite ex wife dia lepas hajat dalam semak tepi hiway.


Quote SalenaGomez 3-1-2025 02:37 PM
SWORKS27 replied at 3-1-2025 08:32 AM
type c kot ni..spesis tua2 totok...dah x boleh kawal pundi kencing...kencing merata macam anjir

Dah tau gitu, worst case kencing laa dlm botol ke. Drpd kencing merata, xde sivik bethol
Quote SalenaGomez 3-1-2025 02:41 PM
Radzor replied at 3-1-2025 08:34 AM
warga apa ni

Byk pulak collection kencing tepi jalan depan traffic light ni ya
Quote TeropongThaico 3-1-2025 02:47 PM
Kalau dah pengotor tu mmg takleh watpe dah... Patut ikat hujung belalai dlm muncung botol. Kot rasa nak terkencing just keluarkan je terus takyah susah2 keluar kereta. Kat dlm keta pun dah blh selesai
Quote cicicumel 3-1-2025 02:55 PM
Puak ni memang sejak kecik dh diajar kencing tempat awam kan?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.396052 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top