Sebagai makluman, faraid adalah peraturan dalam hukum syarak yang mengaturkan pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang. "Mak ambil semua geran arwah ayah. Lepas tu nak palsukan tanda tangan semua anak-anak yang tak setuju letak semua harta arwah atas nama dia seorang. "Kami nak dibahagikan secara faraid. Tapi dia tak nak. Dia kata hak dia lebih daripada itu. Dia nak jual semua, ambil 'hak' dia lepas tu baru bahagikan dekat anak-anak," tulisnya dalam satu hantaran di laman Facebook. Individu yang tidak mendedahkan identiti itu menambah, dia mahupun adik-beradiknya tidak berniat untuk membolot harta, sebaliknya bimbang keputusan ibunya hanya akan merugikan diri sendiri kelak. "Dia nak jual (tanah). Itu masalahnya. Yang nak beli pula orang yang cuba ambil kesempatan beli di bawah market value. "Arwah ayah saya ikat perut nak beli tanah. Apa yang lebih teruk, dia (emak) mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya, pelaburan emas, multi level marketing (MLM). Tak pernah serik," luahnya lagi. Menurutnya lagi, biarpun sudah dinasihati namun ibunya tetap berkeras dengan keputusan sendiri demi menuntut 'hak' sebagai isteri. "Pening kepala aku ada mak macam ni. Agak-agak berjaya ke rancangan mak saya tu? Mudah ke nak buat kerja palsu-memalsu ni?" tulisnya lagi sambil memohon pandangan warga maya. Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi yang disuarakan netizen. Selain daripada memberikan pandangan, rata-ratanya turut berkongsi kisah keluarga masing-masing. "Elok faraid. Aku ada kawan, mak dia bolot semua harta pusaka sebab nak join pelaburan. Akhirnya semua duit burn dekat pelaburan scammer. Mak lebih percaya kawan daripada anak-anak. "Bincang adik-beradik semua. Bersemuka dengan mak. Ajar dia untuk ikut proses pembahagian sebenar. Tuntut dulu harta sepencarian. Selebihnya faraid. "Orang tua b***h pun ramai. Dok guna ayat ibu mengandung sembilan bulan 10 hari untuk halalkan cara," demikian antara komen netizen.
Sumber -mStar
|
dewi_rina replied at 2-1-2025 11:54 AM
Boleh ke macam tu? Bukan ke kena sign lepas tu sign depan persuruhjaya sumpah sekali? Bukan senang-s ...
ADVERTISEMENT