CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kena Kecam Jual 3 Cucuk Sate RM21.90, Ini Penjelasan Mark Adam - “Sate Jualan Saya Bukan Yang Biasa"

2-1-2025 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32502| Komen: 182|Original author: Raline

 


Penyanyi Mark Adam menerima komen negatif daripada netizen apabila ada yang mempertikai harga set sate bhalut yang dijual di festival makanan didakwa mahal serta tidak berbaloi.

Menerusi satu video dikongsikan di media sosial, Mark meluahkan rasa kesal apabila ada netizen melemparkan kata-kata kesat sehingga pekerjanya hilang semangat untuk mencari rezeki.

“Pekerja saya nampak komen dan hantaran itu, ada yang hina kata macam-macam, saya tak kisah sebab dah biasa dengan komen negatif tapi pekerja saya budak baru.

“Mereka hilang semangat sebab terbaca satu komen kata harga ‘Satay Bhalut’ saya harga yahudi, satu set termasuk air, tiga cucuk RM21.90. Bukan mudah tapi isteri saya suka dan kami suka, sebab itu saya utamakan kualiti tanpa fikir keuntungan,” katanya.


Tampil menjelaskan mengenai kos melibatkan perniagaannya itu, Mark berkata sate yang dijualnya bukan sate biasa sebaliknya menggunakan daging premium dan harga dikenakan munasabah termasuk sewa tapak perniagaan.

“Saya tengah belajar, saya nak awak tahu situasi saya macam mana, saya punya daging premium, saya ambil sate dari kilang yang dikenali.

“Sate jualan saya bukan yang biasa, sebelum dibalut dengan popia, sate itu 30 gram. Ikut harga pasaran pilih yang termahal, 500 gram (RM30) dan satu cucuk RM7.50 sebelum kilang ambil untung, air kita letak dalam cawan besar, letak RM3 jadi RM10.50.

“Saya nak tanya awak adakah untung RM2,900 ni cukup untuk nak bayar tapak? Saya berniaga, baru sahaja masih belajar tapi agak-agak la dengan apa yang korang fikir kalau tak tahu,” katanya.

Sumber – Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 2-1-2025 05:28 PM
Iols paling tak suka anything yg bukan popia dibalut popia
Quote anilanil 2-1-2025 05:33 PM
So yg luar biasa tu kulit popia je la kan? Sama mcm popis, popia bigmc, popia carbonara, popia otak-otak, roti khurasan, popia serunding, popia nestum?
Quote pencintaABC 2-1-2025 05:38 PM
Sebab tu iols memang boycott makanan food fest semja ni. Overpriced, tak sedap mana pun dan terlalu crowded nak beratur bagai tengah2 panas.
Quote Prickford 2-1-2025 05:43 PM
Boleh nak niaga semuanyaaaa premium. Kau buka fine restaurant. Jgn niaga mahal2 harga T20 dekat food fest. T20 tak datang food fest panas2 kena bejalan cari makan. Deyols duduk dalam restaurant tunggu menu & waiter hidang makan jahhh. Yg meniaga kat food fest ni tolonglahhhh paham, yg B40 je suka pegi event2 gini dgn harapan dpt jumpa artis & influenzah.
Quote sleepandream 2-1-2025 06:44 PM
supply & demand... ada org sanggup bayar mahal utk selera tekak masing2...
btw ttibe iols mengidam nak makan roti khurasan
Quote jihah_kudat 2-1-2025 06:52 PM
aku rasa nak ludah bila ada retis cakap meniaga takde untung sangat tapi letak harga makanan kalah yahudi..
Quote PULANGKAN 2-1-2025 07:10 PM
pencintaABC replied at 2-1-2025 05:38 PM
Sebab tu iols memang boycott makanan food fest semja ni. Overpriced, tak sedap mana pun dan terlalu  ...

same

last iols pegi bertahun lepas. itupun beli air cup sebelum all these boycotting ni lah, lepas tu jalan2 kat food fest
melayu kata harga yahudi. masalahnya ni kalau yahudi datang, diorang pun terkejut dengan harga melayu

kedai mahal, Iols buat2 tak nampak. tak koserr nak support bagai
ada kedai sengaja tak letak harga, supaya customer datang diorang leh promote. padahal mana boleh, peniaga kena display barang dan harga.
btw, bila ditanya, ternyata yang tak display harga memang mahal nak mampos, tak logik

food fest my foot
jalan kat dalam mall, ada aircon sejuk, tempat duduk, makanan jauh lagi murah dan lagi sedap
Quote red_velvet 2-1-2025 07:11 PM
Retis meniaga memang rega yahudi.. Teringat tin senduk jual sambal tumis semangkuk kecik rm30
Quote shida81 2-1-2025 07:29 PM
Knp nk jual brg premium kt rakyat marhaen mmg la kn kecam.. Rakyat biasa ni nk murah tp sedap n viral..
Quote LadyCarefree 2-1-2025 07:33 PM
jihah_kudat replied at 2-1-2025 05:52 PM
aku rasa nak ludah bila ada retis cakap meniaga takde untung sangat tapi letak harga makanan kalah y ...

Serupa yg cakap hadiah untuk peminat bila buat lagu. Berkorban demi seni/peminat bila berlakon.
Quote LadyCarefree 2-1-2025 07:34 PM
PULANGKAN replied at 2-1-2025 06:10 PM
same

last iols pegi bertahun lepas. itupun beli air cup sebelum all these boycotting ni lah, lepa ...

Ambil gambar repot online ke KPDN kalau takde tanda harga.
Quote LadyCarefree 2-1-2025 07:35 PM
red_velvet replied at 2-1-2025 06:11 PM
Retis meniaga memang rega yahudi.. Teringat tin senduk jual sambal tumis semangkuk kecik rm30

Tgk dia masak dua tiga kali pun xrasa sedap dia masak.
Quote koko2 2-1-2025 07:35 PM
PULANGKAN replied at 2-1-2025 07:10 PM
same

last iols pegi bertahun lepas. itupun beli air cup sebelum all these boycotting ni lah, lepa ...

Sori TERTEKAN repot....nak tekan reply
Jari gemuk...
Quote LadyCarefree 2-1-2025 07:41 PM
3 cucuk satay + air bodoh = RM21.90?

hahahahahaha siapalah yg beli? Kilang satay mana dia beli? Samuri ke? Takde untung buat apa niaga? xsiapa suruh. Tengah belajar niaga nak orang faham dia. HahhahaLOLLLL
Quote allshares 2-1-2025 07:45 PM
pencintaABC replied at 2-1-2025 05:38 PM
Sebab tu iols memang boycott makanan food fest semja ni. Overpriced, tak sedap mana pun dan terlalu  ...

Betholll. Seller akan markup harga utk cover harga tapak. I mmg avoid pg food fest ke booth ke expo ke. Tak berbaloi.
Quote jihah_kudat 2-1-2025 07:48 PM
LadyCarefree replied at 2-1-2025 11:33 AM
Serupa yg cakap hadiah untuk peminat bila buat lagu. Berkorban demi seni/peminat bila berlakon.

hahaha kadang2 tu yg sendu sendu buat lagu acah2 ubat rindu peminat..belum lagi yang jual merchandise muka sebesar alam harga yahudi..
Quote scarflicious 2-1-2025 07:50 PM
yg premium tu SEWA TAPAK kan?
Quote LadyCarefree 2-1-2025 07:56 PM
allshares replied at 2-1-2025 06:45 PM
Betholll. Seller akan markup harga utk cover harga tapak. I mmg avoid pg food fest ke booth ke exp ...

Sebagai ahli kumpulan T20 memanglah I xpergi segala food fest ke haper ni. Level2 retis niaga kentut je. Bukannya diorang tu memang pandai masak.

Btw, restoran Cyst yg asam pedas tu sebelum ni Google reviews teruk. Ada review yg puji melambung nama alesyasandar. Lain2 komen negatif. Tadi nampak Cyst dah tutup asam pedas buka restoran Indo pulak. Yg tunjuk2 masak ni xsemestinya sedap. Famili dia makan sedaplah.
Quote PULANGKAN 2-1-2025 08:32 PM
LadyCarefree replied at 2-1-2025 07:34 PM
Ambil gambar repot online ke KPDN kalau takde tanda harga.

yes. sekarang iols dah tau.
waktu tu around 2019 gitu. lama dah. nak report pun tak reti lagi

Lihat semua komen(182)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.253040 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top