CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Jangan buat kerja Tuhan, buat kerja insan' - Sharul Kamal

2-1-2025 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7110| Komen: 33

 


 "Kepada kalian, jangan resah dan gelisah dengan kami yang masih belum ada anak," kata penyanyi dan pelakon, Sharul Kamal apabila masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.

Sharul berkata, biarpun belum diizinkan Tuhan, namun dia dan isteri berada dalam keadaan baik.

"Kami okey saja. Pegangan realisitk dalam kehidupan kena kuat baru tak banyak soalan 'kenapa tak ada anak lagi'.

"Hidup jangan buat kerja Tuhan, tapi buat kerja insan. Insya-Allah nanti mesti aman," tulisnya di Instagram sempena ucapan tahun baharu dan ulang tahun perkahwinan ketiganya bersama Raihan Amilin Mohd Roszaimi

Memasuki tahun ketiga usia perkahwinan, Sharul tidak menyangka apabila pernikahan pada usia muda membawa nikmat yang cukup indah.

"Dulu tak terfikir pun, tapi lepas tiga tahun baru terasa betapa nikmatnya kahwin awal tahun. Setiap kali sambut ulang tahun perkahwinan, dapat layan bunga api dengan ramai orang. Seolah-olah mereka tetamu majlis ulang tahun kami.


"Alhamdulillah, tiga tahun sudah usia perkahwinan. Masih lagi diizinkan hidup berdua dan bercinta seperti remaja. Tak ada apa yang dikejar selain bahagia dalam rumah tangga dan reda dari yang Esa," tulisnya.

Dalam masa sama, Sharul merakamkan rasa bertuah kerana diberikan rezeki yang sudi mengharungi onak dan duri dalam rumah tangga.

"Jauh lagi perjalanan dan banyak lagi pelajaran untuk kami sebagai suami isteri. Untung dapat pasangan yang sudi nak selam lautan hindi sama-sama. Harapnya sampai bila-bila," katanya.

Sharul melangsungkan pernikahan dengan Raihan yang juga Pegawai Perhubungan Awam dengan sekali lafaz di Masjid Kota Raja, Klang pada 1 Januari 2022.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 2-1-2025 03:26 PM
Ada iras shuringai dan ex husband dia
Quote mrsLucky 2-1-2025 03:32 PM
noor2 replied at 2-1-2025 03:26 PM
Ada iras shuringai dan ex husband dia

yup...
Quote Binodino 2-1-2025 03:46 PM
Pelanduk 2 serupa betul dengan ngai & apiz
Quote telracs 2-1-2025 03:49 PM
noor2 replied at 2-1-2025 07:26 AM
Ada iras shuringai dan ex husband dia

Hahahahahahha...


Baru nak taip "who are yus?", tiba ternampak komen kak noor ni, terus tersembur air tengah minum...


Quote L.U.S.M 2-1-2025 03:59 PM
Laaa tu bini ke..ingatkn mak dia
Quote Incanto 2-1-2025 04:02 PM
noor2 replied at 2-1-2025 03:26 PM
Ada iras shuringai dan ex husband dia

uhuk...uhuk...
ex versi badboy
shu versi cerah
Quote noor2 2-1-2025 04:03 PM
telracs replied at 2-1-2025 03:49 PM
Hahahahahahha...



Rupanya adik HR ya?
Quote noor2 2-1-2025 04:04 PM
Binodino replied at 2-1-2025 03:46 PM
Pelanduk 2 serupa betul dengan ngai & apiz

Adik HR kan..
Quote noor2 2-1-2025 04:04 PM
mrsLucky replied at 2-1-2025 03:32 PM
yup...

Huhu....
Quote Binodino 2-1-2025 04:06 PM
noor2 replied at 2-1-2025 04:04 PM
Adik HR kan..

Bukan. Takde kaitan pun rasanya. Dia ni sepupu tomok kalau tak silap.
Quote noor2 2-1-2025 04:10 PM
Binodino replied at 2-1-2025 04:06 PM
Bukan. Takde kaitan pun rasanya. Dia ni sepupu tomok kalau tak silap.

Haha....kisahnyaaa...amponnn salah sangka
Quote cantthinkofany 2-1-2025 04:31 PM
L.U.S.M replied at 2-1-2025 03:59 PM
Laaa tu bini ke..ingatkn mak dia

bini muka matured...loving tawwwww....hahahahaha
Quote L.U.S.M 2-1-2025 06:01 PM
cantthinkofany replied at 2-1-2025 04:31 PM
bini muka matured...loving tawwwww....hahahahaha

Hahahah ngai xloving pon..hahahah
Quote aint 2-1-2025 06:23 PM
i loike his quote 'Hidup Jgn buat kerja Tuhan, tp buat kerja insan, Insya Allah nnt mesti aman'
Quote jihah_kudat 2-1-2025 06:28 PM
aku tengok live tt sharul ni kekwat ek luah rasa tak puas hati pasal famili duo..sebaik wife dia tonedown kan dia..no wonders la career tahap gitu je..masa FD pun siap buat muka masa juri komen beza betul dgn tomok..he bertuah satu team dgn tomok je kalau tak whoareyus sangat..akim wannabe sangat..
Quote cantthinkofany 2-1-2025 07:40 PM
L.U.S.M replied at 2-1-2025 06:01 PM
Hahahah ngai xloving pon..hahahah

hahahaha.....loving la tu....just cant seem to let go.....
Quote brainbiru 2-1-2025 07:41 PM
noor2 replied at 2-1-2025 03:26 PM
Ada iras shuringai dan ex husband dia

Spot on! Terus bende pertama aku fikir. Yg pmpuan x berapa sgt. Yg laki mcm Hafiz zaman muda dulu
Quote Melanie91 2-1-2025 07:45 PM
Sama muka Hafidz Roshdi. Kalau kata adik dia pun org percaya

Klau Ngai tahu psl mamat ni, mesti dia akan up. "Ya Mujib!  sister & brother tgk, terus dia kata IBU.... HAFIDZ IBU... HAFIDZ!"

bila org tegur, x baik ajar anak panggil mcm tu.

Dia akan jawab "DAH NAMA DIA HAFIDZ, TAK KAN NAK PANGGIL KHAIRUL AMING KOT"

Mcm penah dia jawab sebelum ni kan..
Quote Zeelalala 2-1-2025 07:46 PM
Tak kenal. Next!

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.101958 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top