CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

9 ditahan JAINJ dalam pesta minum arak, parti buih

2-1-2025 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9132| Komen: 2

 


JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan sembilan individu beragama Islam di sebuah hotel di Taman Perling di sini, yang terbabit dalam pesta minum arak dan parti buih sempena sambutan tahun baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata operasi bermula jam 11 malam hingga 3 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan dalam sebuah kafe di hotel berkenaan selepas mendapat aduan awam.

"Pemeriksaan mendapati hotel itu menyediakan ruang untuk menganjurkan pesta minum arak dan parti buih.

"Seramai 29 individu beragama Islam diperiksa terdiri daripada pekerja dan pengunjung dalam premis berkenaan.

"Sembilan daripadanya terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita, termasuk empat warga Indonesia didapati positif alkohol ," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kertas siasatan di bawah Seksyen 19(1)(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor (EKJSNJ) 1997 dibuka kerana minum minuman yang memabukkan.


"Enam daripada mereka akan dihadapkan ke mahkamah, manakala tiga lagi dilepaskan dengan jaminan," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, operasi di daerah lain menyaksikan 12 individu ditahan dengan masing-masing dua orang di Kluang, Kota Tinggi dan Segamat, manakala enam lagi ditahan di Kulai.

Katanya, mereka ditahan atas kesalahan khalwat dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 27(1)(2) EKJSNJ 1997.

Sumber – BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 2-1-2025 11:08 AM
9 je dpt tahan..what a shame?
Maj agama negeri2 lain apa buat..tidur ka.. haha
Quote PULANGKAN 2-1-2025 06:42 PM
L.U.S.M replied at 2-1-2025 11:08 AM
9 je dpt tahan..what a shame?
Maj agama negeri2 lain apa buat..tidur ka.. haha

ni tak campur dengan high profile punya parties lagi
diorang tu lagi kebal undang-undang. banyak pulak tu takleh disentuh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.042273 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top