CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kisah tragis ibu jadi pedoman Nadia Brian - "Hidup lebih seronok jika tidak bergantung pada sesiapa"

2-1-2025 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8482| Komen: 4

 


Pelakon seksi, Nadia Brian bersyukur 2024 mengajarnya menjadi wanita lebih berdikari.

Pernah menyaksikan ibunya menjadi mangsa keganasan rumah tangga, Nadia mengakui, episod hitam itu banyak menjadikannya wanita lebih tabah, justeru menyokong wanita lain untuk berdikari dan berani berdiri atas kaki sendiri.

Nadia atau nama sebenarnya. Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 33, berkata dia bersyukur mempunyai wanita hebat seperti ibunya yang banyak memberi pelajaran berguna kepadanya.

"Alhamdulillah, saya ada 'role model' iaitu ibu saya. Dia bergelar ibu tunggal selama lebih 23 tahun dan pernah melalui keganasan rumah tangga.

"Bagi saya, sikap berdikari harus ada dalam diri setiap wanita. Kita kena ada kekuatan sendiri sebab tak boleh bergantung kepada sesiapa.

"Itu diterapkan oleh ibu dan saya gunakan ilmunya. Hidup lebih seronok jika tidak bergantung pada sesiapa. Tak perlu pening-pening, saya kerja cari duit untuk diri sendiri.


"Jadi, saya bersyukur dengan apa yang saya ada dan diberikan kebahagiaan bersama keluarga. Saya ada ibu, nenek, adik-beradik dan kesihatan yang baik. Malah, saya juga bersyukur tawaran kerja juga tidak pernah putus," katanya.

Selepas menjayakan teater Kerana Percayakan Siti, Nadia bersyukur diberikan tawaran menjayakan pementasan Teater Samaya - Puteri Laut Selatan sebagai penutup 2024.

"Saya tetap akan buat teater sebab ia menggilap lakonan dan pada masa sama, boleh kumpul ilmu," katanya yang juga baru selesai menjayakan penggambaran filem Duyung.

Terdahulu, Nadia sudah empat tahun hidup sendiri selepas bercerai dengan bekas suami, Muizz Nasruddin pada April 2020

Perkahwinan Nadia dan Muizz yang juga ahli perniagaan hanya bertahan selama empat bulan.

Sumber – BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 2-1-2025 11:06 AM
So tu la kot pasalnya ko pakai nama Brain (atuk) instead of Rashidi (bapak)
Quote seibei 2-1-2025 02:01 PM
umur br 33 meh? "dewasa" nya..
btw, dia byk berlakon teater ya
Quote Lily_Elizabeth_ 2-1-2025 08:45 PM
Ini kena panggey Cik or Puan or Cik Kak or madame?.

Hihi.
Quote heythere123 2-1-2025 10:14 PM
gebang kemain padahal masa kapel dengan ex husband dulu kemain semua benda pakai duit laki tu. Tak salah tapi nampak la sheols tak walk the talk pon.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.134253 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top