CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zila Bakarin Kongsi Detik Hijrah, Kepala Seperti Disiram Air Sejuk Lepas Pakai Selendang - "Mungkin Petanda Saya Nak Bogel Sangatkan?"

2-1-2025 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11391| Komen: 3

 


Pelakon Zila Bakarin baru-baru ini berkongsikan kisah penghijrahannya menerusi satu podcast selepas nekad berhijab sejak Februari 2020.

Menerusi perkongsian itu, Zila berkata dia membuat keputusan itu selepas berdepan kejadian pelik ketika mahu menjemput anaknya pulang dari sekolah.

Menurut pelakon berusia 49 tahun itu, dia merasakan tubuhnya seolah-olah sedang telanjang sehingga membuatkan dirinya mengigil ketakutan.


“Pagi saya hantar anak pergi sekolah, saya pakai baju tidur dengan berseluar pendek seperti biasa. Tengah hari saya nak ambil mereka, saya buka almari selalunya akan capai seluar pendek tetapi hari itu saya capai seluar jeans panjang dan sweater tebal.

“Walaupun panas tetapi saya rasa sejuk semacam dan saya terbayangkan diri seperti sedang berbogel. Muka saya terasa kembang. Ia buatkan saya jadi sangat takut sampai terfikir mungkin saya nak mati,” katanya.

Kata Zila lagi, dia turut mendengar bisikan suara yang menyuruhnya memakai selendang pada bahagian kepala dan kejadian itu bukan sahaja menginsafkan diri, malah yakin ia adalah petanda hidayah Allah.

“Saya pergi bilik dan saya nampak ada sehelai selendang. Terasa ada bisikan suruh saya ambil dan pakai selendang itu. Bila saya pakai saja rasa seperti kepala saya disiram air sejuk. Kemudian saya rasal normal balik.

“Saya tertanya apa yang Allah cuba tunjukkan dekat saya sebenarnya. Mungkin petanda saya nak bogel sangatkan? Allah bagi saya rasa bogel itu,” katanya.

Sumber – Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 2-1-2025 08:35 AM
Cerita dongeng cmni pun blh layan ek..bkn tutup aurat betul pun
Pki tutup kepala je
Tu pun dada masih terdedah..apa yang hijrah sgt tu?
Quote MatDeghem 2-1-2025 08:45 AM
L.U.S.M replied at 2-1-2025 08:35 AM
Cerita dongeng cmni pun blh layan ek..bkn tutup aurat betul pun
Pki tutup kepala je
Tu pun dada mas ...

Macam cerita dongeng pak gad manak lah.
Dia dengar bisikan suara halus...acik2 porem mintak di maki. Suara halus anak buah nya yg 3 taun

#bisikansuarahalusneelopah

Psst...manakkkkk
Quote prince_marhaen 3-1-2025 08:21 AM
sheols ada meniaga (lupa meniaga apa) kat Lorong (macam boot sale) kat Cyberjaya tu selalu...masih cantik dan emmm...sexy je pun walaupun bertutup, mungkin sebab besharrr kot... and anak dara sheols cantikkkkkk gilaaa.. hehehehehehe..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.028761 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top