Sebuah pesawat penerbangan Cathay Pacific 880 yang berlepas dari Hong Kong pada 1 Januari 2025 telah 'mengembara ke masa lalu' apabila mendarat di Lapangan Terbang Los Angeles pada tahun 2024. Menurut New York Post, pesawat berkenaan berlepas hanya beberapa minit selepas China menyambut tahun baharu. Selepas hampir 14 jam berada di ruang udara, para penumpang telah selamat mendarat di Los Angeles pada 31 Disember 2024, kira-kira jam 10 malam (Waktu Pasifik). Oleh kerana pesawat berkenaan merentas sembilan zon masa berbeza dan melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa di Lautan Pasifik, Cathay Pacific 880 'kembali' ke tahun 2024 apabila tiba di Amerika Syarikat. Pesawat lain pernah 'mengembara ke masa lalu' New York Post berkata, pesawat penerbangan Cathay Pacific 880 bukan satu-satunya pesawat yang pernah 'mengembara ke masa lalu'. Sebelum ini, penerbangan trans-Pasifik arah timur pada malam Tahun Baru sering mendapat tempahan yang tinggi daripada penumpang antarabangsa. Ini kerana penerbangan berkenaan menawarkan pengalaman unik iaitu membolehkan para penumpang merayakan kehadiran tahun baru sebanyak dua kali. Namun begitu, 'pengembaraan masa' bukan selalu berjalan seperti yang dirancang dan bergantung atas banyak faktor. Antaranya faktor penerbangan tergendala seperti yang dialami oleh penumpang United Airlines flight pada Januari lepas. Pesawat berkenaan sepatutnya berlepas 7.35 pagi pada 1 Januari 2024 dari Guam dan dijadualkan tiba di Hawaii, pada 6.50 petang pada 31 Disember 2023. Bagaimanapun hasrat penumpang untuk merayakan tahun baru sebanyak dua kali tidak kesampaian apabila penerbangan tersebut tergendala selama enam jam. Difahamkan, para penumpang terlepas peluang untuk menyambut perayaan tahun baru untuk kali kedua di Hawaii kerana masih berada di udara. Selain itu, ada juga situasi dimana para penumpang terlepas kedua-dua sambutan tahun baru, seperti yang dialami oleh penerbangan Air New Zealand 27. Pesawat itu berlepas dari San Francisco pada petang sebelum tahun baru. Namun disebabkan situasi tertentu, pesawat berkenaan mengambil masa lebih 12 jam untuk tiba Auckland pada awal pagi 2 Januari.
|
eizarz replied at 1-1-2025 12:29 PM
bodo nye thread ni…
ardent91 replied at 1-1-2025 12:03 PM
semata2 nak sambut tahun baru 2 kali ada gak penumpang yg sanggup nak spend duet camtu
ninja boy replied at 1-1-2025 01:20 PM
Kalau ada kapal atau belon udara naik udara pergi bersauh parking atas jah tunggu bumi berputar turu ...
FOTHER-MUCKER replied at 1-1-2025 04:42 PM
Di perak sudah 2026
Barebow77 replied at 1-1-2025 04:58 AM
Kat mana nie..teman org Perak yoeb..
ADVERTISEMENT