Debaran kian terasa dengan berbaki lagi sehari untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat persiapan terakhir bagi menghadapi peperiksaan besar ini. Menerusi hantaran potongan klip dari siaran langsung TikTok, dilihat Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman risau dengan generasi kini. Ujarnya, kemajuan teknologi kini boleh membuatkan pelajar kurang beri fokus pada pelajaran. "Budak-budak sekarang ini agak merisaukan." "Takut terbiasa main telefon, bila tengok buku otak jadi tidak berfungsi." Berkongsi lebih lanjut, pempengaruh itu bersyukur dengan zamannya yang tidak dimewahkan dengan kecanggihan teknologi dan kepelbagaian aplikasi terkini.
Dalam pada itu, Khairul Aming dilihat menjawab pertanyaan netizen mengenai caranya mengulang kaji pelajaran sebagai persiapan berhadapan dengan peperiksaan besar dahulu. Tambahnya, rakan-rakan banyak rujuk kepadanya mengenai subjek yang tidak difahami. "Saya jenis yang akan memperuntukkan masa untuk belajar. "Balik saja sekolah, saya akan tidur petang. "Saya terpaksa sebenarnya sebab kalau tak tidur, malam tak boleh belajar. "Jadi, lepas maghrib saya akan mula belajar sampai tengah malam dalam 1:00 pagi." "Kadang-kadang ada kawan-kawan yang tak faham, mereka akan rujuk pada saya." Walau bagaimanapun, pempengaruh besar media sosial ini akui dirinya juga kerap kali melakukan ulang kaji pelajaran secara saat akhir sama seperti pelajar lain. Sumber – TkTok fans khairulaming, Oh Bulan |
dua_chzy replied at 31-12-2024 11:12 PM
Aku ingat lagi umur 8 tahun dulu aku suka baca suratkabo Berita Harian, Gila-Gila, Doraemon, komik C ...
dua_chzy replied at 31-12-2024 11:14 PM
Pehtu umo 8 tahun, aku tadak masalah nak tulis diari (dalam BM) sebab ejaan suma mantop takda masala ...
Freezies replied at 31-12-2024 04:05 PM
Cakap pasal komik cina.iols masa kanak2 riang belajar membaca dari komik2 hongkong la mostly dari ...
ultra78 replied at 31-12-2024 04:07 PM
Budak zaman skrg short attention span. Otak dah overstimulated akibat gadget.
dua_chzy replied at 31-12-2024 11:14 PM
Pehtu umo 8 tahun, aku tadak masalah nak tulis diari (dalam BM) sebab ejaan suma mantop takda masala ...
cm_vungtau: Anak aku rajin aje membaca. Du ...