CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Sebelum Orang Lain Rasa Baik Saya Rasa Dulu’ – Bapa Durjana Dipenjara 75 Tahun Dedah Alasan R*Gol Tiga Anak

31-12-2024 10:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 42029| Komen: 31

 


Baru-baru ini, seorang individu berkongsi pengalamannya bertemu dengan banduan ketika melakukan lawatan kerja di Penjara Taiping, Perak.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di platform X, lelaki yang dikenali sebagai Cik Sepul ini memberitahu pelbagai kisah dan pengalaman yang dikongsikan oleh banduan yang ditahan di penjara tersebut.

Menurut individu ini, banduan yang paling lama ditahan di penjara itu adalah seorang lelaki berstatus bapa yang dijatuhi hukuman penjara selama 75 tahun atas kesalahan merogol tiga anak perempuannya.

"Selesai tugas di Penjara Taiping. Terlalu banyak cerita aku dapat harini. Antaranya banduan paling lama kat dalam sekarang ni kena 75 tahun sebab rogol tiga anak dia."

"Alasan “sebelum orang lain rasa baik saya rasa dulu Tuan”. Perghh hang bayangkan. Tapi memang ada."

Tambah individu ini, banduan yang paling ramai ditahan di Penjara Taiping adalah mereka yang terlibat dengan kesalahan seksual termasuk seorang datuk merogol cucu, bapa merogol anak dan banyak lagi.



"Orang Islam tu. Rumah jenis tak ada bilik di pedalaman. Banduan kesalahan seksual paling banyak. Termasuklah datuk rogol cucu. Banduan bunuh cincang mak dia ada juga sebab dadah."

"Polis yang langgar budak sampai mati kat Ipoh pun ada dalam ni masih kena reman."

Dalam masa yang sama, individu ini turut berkongsi tentang anggaran kos makanan yang diperuntukkan untuk seorang banduan adalah berjumlah RM35.40 sehari.

"Kadar makan minum sehari untuk setiap banduan di Malaysia adalah RM35.40. Sehari 6 kali makan. Makan takdak garam. Minuman tak buh gula. Sebab tu banduan kena kerja kat dalam untuk dapat gaji sebagai motivasi untuk beli kicap dan gula. Anggaran 90,000 banduan di Malaysia.

"Makanan paling popular untuk banduan akhir sebelum kena gantung adalah KFC. Hukuman gantung last kat Penjara Taiping tahun 2018."

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut berkongsi pengalaman dan pandangan mereka tentang perkara tersebut.

"My husband working dekat penjara changi singapore, ada sorang atuk tua ni kesalahan rogol cucu, bila my hubs tnye tkde rasa bersalah ke? Dia cakap budak tu berhutang dgn dia sbb dah jaga dia dari kecik. Bila dia ckp tu tkde secubit penyesalan pun."

"Buang duit nak tanggung org macam tu dalam penjara. Baik mati je terus. Perangai macam binatang."

"Bekas tukang masak penjara somewhere in ipoh- tak ada garam gula tu memang menipu bro. Makan lebih kurang 4-6rm satu meal. Portion kecik , nasi skot, protein sikit . Sayur sikit. Tapi tak ada rasa tu memang nonsense bro. Siap kita buat western lagi untuk diorang."

"ya ke makan 6X sehari? Itu warden yang makan kot. Yang makan 6X sehari adalah di pusat pemulihan dadah je. Dalam penjara makan pagi, tengahari dan malam. Kalau ko join mereka makan gua percaya, jika tidak anggap la warden tu pembohong.

"Mewah betul sampai RM35.40 sehari. Aku yg kais pagi makan pagi ni pun RM 12 je sehari. Yang pelik RM35 tu tak sedap. Aku kalau dpt RM35 sehari tu, 2 kali makan chicken chop, kenyang dan sedap"


Sumber –  X CikSepul, Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_almondpecan 31-12-2024 11:19 PM
Edited by cmf_almondpecan at 31-12-2024 11:20 PM

Saya pernah buat legal clinic lebih 20 tahun lepas di kawasan pedalaman semenanjung ni. Rupanya ramai juga kes rogol anak cucu ni. Ada jugak perogol sumbang mahram yang bagi alasan macam dalam artikel ni. Sejenis sakit otak nilai2 hidup terpesong teruk.

Berkenaan makanan banduan pulak, saya pernah melawat penjara kajang bersama pakar undang2 jenayah. Pengarah penjara yang sambut dan jadi guide. Ada masuk dapur tempat banduan2 tengah masak nasi kawah. Pengarah penjara suruh sediakan satu tray untuk kami lihat dan rasa kalau mahu. Nasi putih, kari ayam, ikan masin, sayur kobis, buah oren. Kari ayam tu tawar sikit tapi bukan sebab tak letak garam, mungkin terkurang garam hari tu. Tapi ada ikan masin so seimbang la rasa kalau makan dengan nasi. Rasanya cukup je portion tu macam yang disyorkan oleh dietician untuk portion sihat. Tapi ni lawatan lebih 20 tahun lepas juga.
Quote dua_chzy 31-12-2024 11:22 PM
Tu dia belanja makan sehari macam belanja makan budak2 sekolah MRSM/SBP (kalau asrama sekolah harian, half dari tu belanja).

Semoga hukuman gantung sampai mati dikembalikan.
Quote dua_chzy 31-12-2024 11:23 PM
Tu juga sebab meols percaya pedo ni takkan pernah insaf. Deols are just sorry for their asses that got caught.
Quote theotherfriend 31-12-2024 11:43 PM
Yang si pedo tu satu hal. Iols pernah baca kat KRT di fesbuk sorang pompuan tulis maki budak 12 tahun sebab sondol suami dia. Pompuan2 dalam fb tu kemain bekap dan kata budak2 sekarang memang tak bermaruah la macam tu.

Kepada siapa yang baca komen iols ni dan ada sikit power/influence, mohon advocate pasal child grooming especially among school teachers. It is sad, cikgu2 pun normalise pedo dan siap salah kan mangsa.

Sorry iols ot.
Quote ayana89 31-12-2024 11:49 PM
Ada sape2 tau tak? Betul ke mcm kalau ade perayaan ctj krismas ke raya ke banduan boleh makan sedap sikitla…lepas tu rm250 seorang kena bayarr???
Quote any42 1-1-2025 12:04 AM
dua_chzy replied at 31-12-2024 11:23 PM
Tu juga sebab meols percaya pedo ni takkan pernah insaf. Deols are just sorry for their asses that g ...

I spendpt dgn kaka chzy. semua org mmg akn kalah dgn nafsu. nafsu mkn nafsu shopping, lg2 nafsu seks. harini rasa boleh tahan esok belum tentu boleh kawal. klau mcm pedo tu semua sah2 la otak xnormal mcm mnusia lain smpai boleh bnfsu dgn bdk so otak yg mmg wyar ptus gitu smpai takat mne je mmpu kwl keinginan tu
Quote ninja boy 1-1-2025 02:52 AM
Tipikal lelaki melayu nak free kanak2 oku janda budak sekolah anak tiri, sedangkan bangla cina aman2 hulur duit dapat sugarbaby
Quote sayawifenikmie 1-1-2025 03:09 AM
banduan ada kelas kelas mereka
ada yg boleh di lawat sebulan sekali
ada yg seminggu sekali

setiap kali lawatan
visitor boleh bagi duit max rm150 utk belanja banduan
tak sure sebulan sekali atau setiap kali lawatan (bagi yg boleh kerap dilawat)
boleh lah beli maggie gula sekut dll yg dijual di kedai dlm penjara tu
boleh jiuga beli kek utk banduan dari bakery penjara
Quote batmana 1-1-2025 06:28 AM
Cam Najib punya cell cm rumah agak nya dlm tu
Quote lightheaded67 1-1-2025 07:49 AM
Edited by lightheaded67 at 1-1-2025 07:55 AM

tu la kadg nombor satu bahaya, mindset.
nombor dua authority. celaka mcm deme ni tak layak ade kuasa/kelebihan jadi suami bapak atok pak sdare abang ipar spupu spapat kawan kawan jiran ape ape smua tu. kadg stranger pon deme buat bukan2. sewel
Quote Decaffeinated 1-1-2025 07:59 AM
Suka baca komen2 yang last2 tu. Zaman social media ni bukan zaman mastika. Percubaan menipu tak kan boleh pergi jauh, agak susah dah wartawan2 sundal ni nak cari makan.
Quote black_handbag 1-1-2025 09:35 AM
babi punya bapak.. itu yg ko proses anak perempuan sampai 3 orang, ko nak rasa dulu ye sebelum orang lain rasa
Quote rosa_canina 1-1-2025 10:16 AM
jantan celaka mcm tu xlayak jd bapak
ptut rejam smpai mati
Quote Shayang 1-1-2025 10:53 AM
Edited by Shayang at 1-1-2025 10:54 AM
ayana89 replied at 31-12-2024 11:49 PM
Ada sape2 tau tak? Betul ke mcm kalau ade perayaan ctj krismas ke raya ke banduan boleh makan sedap  ...


Haah tp tak tau la semua penjara gitu ke
Sbb yg ni aku penah dengar yg koreksional kat melaka tu
Nak mkn sedap kena bayar rm250 camtu
Cth kalau hari raya nk mkn menu raya keluarga kena transfer jumlah camtu laa

Bulan2 pun sama kalau ada brg or mknn lain dr luar yg dorang nk kan bg duit laa tp harga tu lebih mahal dpd harga normal
Aku pun taktau napa
Cth mcm kalau teringin nk mkn menu raya tu sampai beratus kena bayar padahal tuk sorang mkn je pun
Quote jasmeen 1-1-2025 02:40 PM
Aku harap yg pedo atau perogol ni potong je k*te diorang sebagai hukuman..moga mampus mereput je.sikit pun aku x kesian walau dah insaf.ni termasuk daie ke PU ke imam muda ke dewa sayu ke yg semua kesalahan sensual.memang syaitan diorang ni
Quote Decaffeinated 1-1-2025 04:01 PM
dua_chzy replied at 31-12-2024 11:23 PM
Tu juga sebab meols percaya pedo ni takkan pernah insaf. Deols are just sorry for their asses that g ...

Insaf dari perbuatan maybe but insaf dari perasaan memang tak lah.

Quote noor2 1-1-2025 06:59 PM
X reti ke nk hukum bunuh manusia mcm ni...
Quote SalenaGomez 1-1-2025 09:44 PM
ninja boy: Tipikal lelaki melayu nak free ...


Cina india bangla semua bangsa ada je kes pedo even oku pon. X perlu kait melayu je
Quote Zazama 2-1-2025 12:11 AM
Tak layak bergelar bapa!!

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.041270 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top