CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

FAM lantik Rob Friend selaku CEO Harimau Malaya

31-12-2024 10:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 40958| Komen: 24

 


PETALING JAYA – Persoalan mengenai individu ‘berpengaruh’ yang bakal bakal menerajui revolus Harimau Malaya akhirnya terjawab selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan kehadiran Robert Douglas Friend selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan FAM pagi tadi, Rob Friend yang juga bekas pemain profesiola dipilih menjadi ‘pemimpin’ utama dalam struktur organisasi baharu skuad kebangsaan bermula tahun 2025 nanti.

“Berasal dari Rosetown, Saskatchewan, Canada, Rob Friend yang bakal berusia 44 tahun pada 23 Januari depan hadir dengan portfolio hebat menerusi pembabitannya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran bola sepak selepas beliau bersara sebagai pemain pada Disember 2014.

“Rob Friend bermula sebagai rakan kongsi pengurusan di DRG Investment Group, sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan hartanah dari 2014 sehingga kini.


“Kemudian dari 2017 hingga 2021, beliau menjadi pengasas Toca Football Canada, teknologi latihan khusus bola sepak dan keluar dengan penuh berjaya apabila peningkatan modal syarikat berkenaan mencecah AS$150 juta (RM669 juta),” kata kenyataan itu.

Sebagai rekod, Rob Friend beraksi pernah mewakili beberapa kelab ternama seperti pasukan Liga Norway, Moss FC dan Molde FK selain kelab Liga Jerman, Borussia Monchengladbach, Hertha Berlin, Eintracht Frankfurt dan 1860 Munich serta kelab Amerika Syarikat, LA Galaxy pada 2014. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 1-1-2025 12:51 AM
Adakah dia ini yang dimaksudkan tidak tahu pun Malaysia kat mana?
Quote ctaz 1-1-2025 10:42 AM
“Kemudian dari 2017 hingga 2021, beliau menjadi pengasas Toca Football Canada, teknologi latihan khusus bola sepak dan keluar dengan penuh berjaya apabila peningkatan modal syarikat berkenaan mencecah AS$150 juta (RM669 juta),” kata kenyataan itu.



PASTI ADA YG KENYANG
Quote wirazam 1-1-2025 11:42 AM
Edited by wirazam at 1-1-2025 11:43 AM

Atlit bolasepak Malaysia takde sapa ke yg berkaliber utk jadi CEO nih...
Saban tahun ada je anugerah olahragawan etc etc..satu lagi mana peginall those prof prof pakar sains sukan kt mesia ni sampai ada kursus sains sukan kat ipta...
Quote capiloton 1-1-2025 12:39 PM
bayar gaji mahal2, menghabiskan boreh jer.
bola tetap takuk di situ jer.
player lokal tetap takde gaji berbulan2
Quote slavehunter 1-1-2025 12:56 PM
capiloton replied at 1-1-2025 12:39 PM
bayar gaji mahal2, menghabiskan boreh jer.
bola tetap takuk di situ jer.
player lokal tetap takde ga ...

Footballer Malaysian ni memang kesian, paling boleh pergi pun main dekat Thailand or Asean jer.
Quote zuuu 1-1-2025 01:01 PM
Letak la sapa pon kalo takat jadi boneka je tetap xkan ada perubahan...
Quote zuuu 1-1-2025 01:06 PM
wirazam replied at 1-1-2025 11:42 AM
Atlit bolasepak Malaysia takde sapa ke yg berkaliber utk jadi CEO nih...
Saban tahun ada je anugerah ...

Yg terlibat mmg tahu apa masalahnya, sedangkan fans pon leh nmpk,tapi tulah ada ke yg berani nk bersuara
Quote apa_apa 1-1-2025 01:24 PM
Tak ada warga Malaysia yang layak kaa
Quote nusaraya 1-1-2025 01:53 PM
Terus terang kami betul-betul bingung mengapa Malaysia hingga kini masih menalami kesulitan mencari pemain sepak bola  "Warisan Malaysia" guna memperkuat Harimau Malaydesh ...

Anehnya mengapa FAM dan TMJ  X nak bertanya langsung kepada Ismail Sabri yang pernah mengatakan bahwa Diaspora Malaysia itu ada "MERATA" di seluruh DUNIA  mulai dari Afrika, Eropa, Asia   dan Amerika (termasuk Suriname) ....


[youtube]EPevPD_50rM[/youtube]


[youtube]6Ga-gCgaH4g[/youtube]





Quote Skuau 1-1-2025 02:09 PM
nusaraya replied at 1-1-2025 01:53 PM
Terus terang kami betul-betul bingung mengapa Malaysia hingga kini masih menalami kesulitan mencari  ...

NO HOLLAND...NO PARTY!
Quote grouper 1-1-2025 02:12 PM
Ada pemain org putih pun x lepas2 ASEAN lagi..so pemain warisan x meningkatkan mutu bola sepak pun
Quote Decaffeinated 1-1-2025 02:17 PM
Apa kaitan a good CEO dengan pandai main bola?

Banyak betul dot dot dot yang kena sambung.
Quote Decaffeinated 1-1-2025 02:19 PM
wirazam replied at 1-1-2025 11:42 AM
Atlit bolasepak Malaysia takde sapa ke yg berkaliber utk jadi CEO nih...
Saban tahun ada je anugerah ...

Cer bagi satu nama?

Quote annehuda 1-1-2025 09:55 PM
Decaffeinated: Apa kaitan a good CEO dengan p ...


Masalahnye die ni a good ceo ke? Bila google toca canada tu insta rasmi pun takat 600+ followers. Lagi best kalau google toca canada football website pun takde, yg ada cuma toca football yg diasaskan oleh Eddie Lewis. Kalau ko google lg cuma media Malaysia je yg war-warkan die ni yg jd pengasas Toca Canada tu. So mane satu sbnrnye ni adakah FAM dh kene scam ?
Quote nusaraya 4-1-2025 01:51 AM
Edited by nusaraya at 4-1-2025 02:03 AM

Modifikasi dan aransemen ulang lagu  Harimau Malaya menjadi lebih keren dan mantap  bersemangat ...

[youtube]OR_qECV_Rys[/youtube]

Bandingkan dengan ini

[youtube]MAjaRyjGyaE[/youtube]

Quote nusaraya 4-1-2025 10:11 AM
Saya yakin dengan lagu Harima Malaysia aransemen baru itu maka proses revolusi sepak bola Malaydesh dibawah arahan Robert Douglas Friend selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan pasti akan berhasil dan berjaya membawa pasukan kebangsaan malaydesh ke level dunia ....
Quote wikedsaikel 4-1-2025 10:56 AM
grouper replied at 1-1-2025 02:12 PM
Ada pemain org putih pun x lepas2 ASEAN lagi..so pemain warisan x meningkatkan mutu bola sepak pun

Aku sekarang kalau rinau malaya je aku tutup kecuali line up aku nampak banyak anak lokal. Sejak tahun ni aku malas nak tengok muka luar ni. 2-3 cukup lah.
Quote wikedsaikel 4-1-2025 10:58 AM
Decaffeinated replied at 1-1-2025 02:17 PM
Apa kaitan a good CEO dengan pandai main bola?

Banyak betul dot dot dot yang kena sambung.

Setuju. Cer letak hannah yeo
Quote Decaffeinated 4-1-2025 11:17 AM
annehuda replied at 1-1-2025 09:55 PM
Masalahnye die ni a good ceo ke? Bila google toca canada tu insta rasmi pun takat 600+ followers.  ...

Itu ja yang bola Malaysia mampu, nak sangat CEO omputeh. Dia tak baca news kot kelab2 liga pun nazak nak bayar gaji player.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.066053 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top