CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 150,000 pelancong termasuk Malaysia lawat selatan Thailand sepanjang cuti Krismas, tahun baharu

31-12-2024 09:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 40785| Komen: 0

 


SONGKHLA: Lebih 150,000 pelancong dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia bercuti di wilayah selatan Thailand sempena cuti Krismas dan Tahun Baharu, menyumbang lebih 1 bilion Baht (100 Baht = RM13.04) kepada ekonomi tempatan.

Presiden Persatuan Perhotelan Hatyai-Songkhla, Sittipong Sitthipatrapha berkata Thailand kekal sebagai destinasi pilihan pelancong dari ketiga-tiga negara itu kerana menawarkan pelbagai produk pelancongan menarik serta makanan pada harga berpatutan.

"Lebih 30,000 bilik hotel telah ditempah penuh oleh pelancong tempatan dan antarabangsa di wilayah selatan Thailand sejak 25 Disember terutamanya di Hatyai dan Songkhla," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Antara lokasi tumpuan pelancong di Wilayah Songkhla adalah Pantai Samila, Bandar Lama Songkhla, dan Pasar Terapung Khlong Hae.

Di Wilayah Pattani pula, kawasan seperti Bulatan Menara Jam dan Jalan Lang Kwaeng.


Seorang pelancong dari Malaysia, Yusniza Mohd Yussof dari Pulau Pinang yang ditemui di Pattani, berkata beliau bersama keluarganya memilih untuk bercuti di selatan Thailand kerana lokasinya yang dekat, makanan lazat, serta penginapan murah.

"Saya dan keluarga sering melancong ke Thailand kerana makanan di negara itu sedap, murah, dan berpatutan. Tambahan pula, hotel juga menawarkan harga rendah dan selesa," katanya.

Menurut Yusniza, keluarganya gemar berkunjung ke Wilayah Pattani dan Narathiwat kerana terdapat banyak pilihan makanan halal, dan penduduk di kawasan itu sangat peramah.

Terdahulu, Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Sorawong Thienthong berkata seramai 35 juta pelancong antarabangsa telah melawat Thailand dari 1 Januari hingga 29 Disember 2024 dan menjana pendapatan pelancongan lebih 1.66 trilion Baht.

Beliau berkata pelancong dari China terus mendahului senarai dengan jumlah melebihi 6.7 juta orang, diikuti Malaysia di tempat kedua dengan 4.9 juta dan ketiga, India (2.1 juta) selain Korea Selatan (1.8 juta), dan Russia (1.7 juta).

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.031631 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top