KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat mengimbau kembali tahun 2024 yang disifatkan sebagai tahun mukadimah dan pembuka kepada agenda pembaharuan nasional untuk negara. Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah menggerakkan usaha menjelmakan anjakan baharu sepanjang tahun ini, khususnya dalam memenuhi kerangka Ekonomi MADANI diluncurkan pada 27 Julai 2023, satu hala tuju jelas untuk membentuk semula Malaysia sebagai peneraju ekonomi rantau Asia. Bagi mencapai hasrat itu, beliau memahami tidak semua keputusan dan kebijakan kerajaan itu popular atau lekas membuahkan hasil. "Namun, semua ini dilaksanakan dengan tekad politik yang jelas, dengan niat ikhlas serta penilaian yang teliti untuk memastikan dasar-dasar terbabit ini memberi manfaat kepada rakyat terbanyak," katanya dalam perutusan khas sempena tahun baharu yang disiarkan secara langsung di televisyen malam ini.
Anwar berkata, antara usaha dijayakan kerajaan bagi 2024 adalah penyasaran subsidi diesel serta tarif elektrik yang digerakkan, bertujuan menutup ketirisan sekian lama disebabkan subsidi pukal yang disalurkan kepada pihak paling kaya serta tiga juta warga asing tidak layak. Selain itu, katanya, peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi 2024 ditambah RM10 bilion, jumlah terbesar dalam sejarah. "Pada tahun hadapan (2025), kerajaan berhasrat untuk menambah peruntukan STR dan SARA sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion keseluruhannya. "Selain menambah jumlah bantuan saban tahun, kerajaan juga giat menangani gejala fenomena kenaikan kos, kerana kos sara hidup ditangani melalui penganjuran Program Payung Rahmah di seluruh negara. "Pasukan pemantau digerakkan dengan aktif untuk memerhati, memantau dan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang mencatut harga dengan sewenang-wenangnya," katanya. Anwar berkata, keadaan ekonomi semasa harus ditangani dengan bijak kerana ia juga membabitkan apa yang belum diduga, yang berlaku separah ini, iaitu seperti musibah banjir di beberapa negeri mutakhir ini. Untuk itu, katanya, kerajaan sudah memberi jaminan segala usaha akan terus dijalankan di semua negeri bagi memastikan bantuan segera tiba, sementara kerja pemulihan dan bantuan secepat mungkin dapat diselenggara semua agensi pusat dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan atau jajahan. "Operasi kesiapsiagaan sejak awal sudah dirangka secara mampan supaya dapat mengelak dari dampak yang buruk daripada musibah itu. Kita akan mampu mengharungi dan melindungi lebih banyak nyawa dari terkorban atau harta benda yang rosak. "Mengenai perbelanjaan pembangunan negara, selain tumpuan diberi kepada prasarana asas seperti jalan raya, lebuh raya dan bekalan, adalah dengan meneruskan projek tebatan banjir di kawasan berisiko tinggi biarpun akan memberikan kesan dan dampak perbelanjaan tinggi," katanya. Sumber : Berita Harian |
pengecatbintang replied at 1-1-2025 09:42 AM
minum teh kopi hipster minimum rege RM5.50, ada yg harga berbelas RM
x nak kopi/ teh ais ikat tepi ...
Anwar berkata, antara usaha dijayakan kerajaan bagi 2024 adalah penyasaran subsidi diesel serta tarif elektrik yang digerakkan, bertujuan menutup ketirisan sekian lama disebabkan subsidi pukal yang disalurkan kepada pihak paling kaya serta tiga juta warga asing tidak layak.
mrsamz replied at 1-1-2025 10:32 PM
14% naik bil api.. Berasap la kite tido pakai kipas pusing je
Skuau replied at 1-1-2025 08:12 PM
Ilmu apa ko pakai sampai boleh tau..yg memekak pasai ayam naik 5 posen tu beli kopi rega berbelas ...
axl_bach replied at 1-1-2025 10:48 PM
Kalau sebulan guna RM500, naik 14% lebih kurang RM70 jadi RM570.... Mmg terkesan sgt ke kenaikan R ...
pengecatbintang replied at 1-1-2025 11:51 PM
sebab aku tak dok Sukau..
tu yg aku tau..
pocongkiutss replied at 4-1-2025 10:45 AM
Yg aku pasti..sgt sgt sgt pasti..penjilat walanon yg dulu melalak zaman pak lah harga benda semua ...
pengecatbintang replied at 4-1-2025 11:06 AM
harga naik bukan salah mana2 gomen...
sama ada Bee End, Pee Een ataupun PH
pengecatbintang replied at 4-1-2025 11:13 AM
1944 - 1971 : matawang USD disandarkan 40% dgn gold
semua matawang dunia adalah USD based
Skuau replied at 1-1-2025 08:12 PM
Ilmu apa ko pakai sampai boleh tau..yg memekak pasai ayam naik 5 posen tu beli kopi rega berbelas ...
ADVERTISEMENT