CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Singapura turunkan tarif elektrik, gas dari Januari hingga Mac 2025

31-12-2024 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6401| Komen: 10

 


KUALA LUMPUR: Rakyat Singapura bakal menikmati kadar bil elektrik dan gas yang lebih murah dari Januari hingga Mac 2025 berikutan kos bahan api dan tenaga yang lebih rendah.

Memetik laporan dari Straits Times Singapura, dalam tempoh tiga bulan akan datang, pengguna yang dibekalkan oleh pengendali grid SP Group akan menyaksikan penurunan sebanyak 3.4 peratus dalam tarif elektrik berbanding suku sebelumnya, menurut kenyataan kumpulan itu pada 30 Disember.

Bagi isi rumah, ini bermakna tarif sebanyak 28.12 sen per kilowatt-jam (kWh) sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), turun daripada 29.10 sen yang dikenakan ketika ini.

Sebagai contoh, sebuah isi rumah HDB empat bilik secara purata mungkin melihat penurunan sebanyak S$3.58 dalam bil elektrik bulanan mereka sebelum GST.

Tarif elektrik dikira berdasarkan empat komponen, termasuk kos tenaga yang mengambil kira harga gas asli yang diimport dan kos operasi stesen janakuasa, antara lain.


Sementara itu City Energy, pengeluar dan penjual gas paip, dalam kenyataan berasingan pada 30 Disember lalu menyatakan bahawa tarif gas akan turun daripada 22.97 sen per kWh sebelum GST bagi tempoh Oktober hingga Disember, kepada 22.72 sen dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Dengan GST, tarif yang disemak semula adalah sebanyak 24.76 sen per kWh.

Kedua-dua pengendali berkata bahawa tarif akan berubah-ubah dari suku ke suku tahun bergantung kepada harga bahan api global.

SUMBER: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 31-12-2024 03:27 PM
Singaporw nak nganjing tnb ke tu
Quote angio 31-12-2024 03:34 PM
but seriously. I lived at 1 bedroom flat. Pindah masuk last year bulan February. First month kena bayar becoz of deposit and to on the power supply. Lepas tu sampai hari ni tak kena bayar apa2 coz dapat rebate which covers my monthly electrity bills.
Quote tripleid 31-12-2024 03:53 PM
Turun pun tetaplah plg mahal bbanding negara2 jiran kan..


Screenshot_2024-12-31-15-52-18-243_com.facebook.lite-edit.jpg


Quote angio 31-12-2024 04:01 PM
apa tak high usage. Every where air con. Shopping malls, indoor stadium, Mrt station, bus interchange, community centre, public schools and banyak lagi.
Almost 90 % house owner pakai ac and that's consume high energy
Quote Gianna111 31-12-2024 04:47 PM
sebab tu la singaporean ni sangat kedekut! serba serbi mahal.
Quote MissYouSayang 31-12-2024 08:32 PM
Nasib baik singapore x de acik walanon kaki flex solar
Quote ctaz 1-1-2025 10:44 AM
"masih mahal bebanding tarif elektrik malaysia....
tnb masih boleh naik kan rega...janji tak mahal macam singapore...."
- CEO TNB
Quote pocongkiutss 1-1-2025 11:29 AM
Kalau ni zaman jibby , abah cirit , mael , atau madey musti geng walanon tgh galakkkkkkkkk sgt menganjing TNB..tapi sekarang berbeza pula reaksinya khenn????? Kah kah kah
Quote AbukRokok 1-1-2025 01:37 PM
makin byk data centre bukak kt msia makin stress grid elektrik
makin menuntut tnb bina plant baru makin menuntut tnb naikkan kadar letrik
Quote Decaffeinated 1-1-2025 04:27 PM
pocongkiutss replied at 1-1-2025 11:29 AM
Kalau ni zaman jibby , abah cirit , mael , atau madey musti geng walanon tgh galakkkkkkkkk sgt menga ...

Bukan ka tugas itu sepatutnya diambil alih oleh PN or what they call walanun ka apa? Maybe you should ask where are they instead.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.157049 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top