CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih Sihat & Jelita, Ini Gambar Terbaru Anita Sarawak Bersama Suami Selepas 14 Tahun Menyepikan Diri

31-12-2024 02:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 609| Komen: 5

 


Selepas 14 tahun menyepikan diri, foto terbaru penyanyi superstar Anita Sarawak bersama suaminya, Mahathir dapat mengubat rindu peminat.

Memetik BH Online, foto tersebut diperoleh daripada mantan editor hiburan dan penulis lirik yang kini perunding konsert, Roslen Fadzil.

Foto berkenaan diberikan kepada adik angkatnya yang juga bekas wartawan hiburan The New Straits Times (NST), Shuib Taib yang berhubung secara peribadi dengan Anita yang kini menetap di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Menurut Roslen, Anita kini menjalani kehidupan penuh privasi dan dikatakan sudah bersara serta menolak undangan mengadakan konsert.


“Demi mendapatkan Anita, saya meminta bantuan adik angkat Anita, bekas wartawan Shuib Taib untuk menghubungi Anita dan suaminya Abang Mahathir di Las Vegas dengan harapan mereka akan bersetuju.

“Sesudah Shuib berjaya menghubungi mereka, akhirnya kami mendapat jawapan daripada abang Mahathir melalui WhatsApp.

“Hi Shuib. Terima Kasih kerana sudi menghubungi. Apabila saya memaklumkan kepada Kak (Anita) tentang pemergian Adnan dulu, beliau merasa begitu sedih, terkenangkan waktu beliau yang pernah dikongsi bersama salah seorang produser terbaik sepanjang zaman (Adnan).

“Berhubung undangan persembahan itu, Kak ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas tanda ingatan terhadapnya.

“Bagaimanapun, seperti yang diketahui, beliau sudah pun bersara ke arah kehidupan yang berbeza, lebih privasi sekarang yang beliau sendiri lebih selesa. Jadi mohon sampaikan kemaafan kami kepada pihak penganjur dan kami amat menghargai segala tanda ingatan,” kongsi Roslen.

SUMBER: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote KamikuP 2-1-2025 04:47 PM
Gambo AI kah itu? Nampak emotionless ..

Dah knp neknita ikat rambut camgitohhh?
Quote otai_g 2-1-2025 03:48 PM
Mn gmbrnya? X de pun
Quote Perawankota 1-1-2025 03:13 AM
Tu bkn gambar AI ke? Leher pon x berkedut
Quote mehmet 31-12-2024 04:12 PM
Tung Shin kan ?
Quote msdummy.2018 31-12-2024 04:07 PM
Mana yg ckp hr tuh dia ni sktlah g spital kat ampang lah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.034744 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top