Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar untuk mendapatkan pasport antarabangsa buat sementara bagi membolehkan mereka menunaikan umrah. Memetik BH Online, Hakim Rosli Ahmad membenarkan pasport diserahkan kepada pasangan itu menerusi peguam, selepas tiada bantahan daripada pihak pendakwaan terhadap permohonan itu. “Permohonan pasport dibenarkan bermula pada 31 Disember (hari ini) dan dikembalikan kepada mahkamah pada 15 Januari,” katanya. Terdahulu, peguam Ashok Athimulan yang mewakili pasangan suami isteri itu memohon pasport diserahkan sementara kepada anak guamnya yang akan bertolak ke Arab Saudi pada 5 Januari untuk menunaikan umrah. Menurutnya, pasangan itu akan pulang ke Malaysia pada 14 Januari dan pasport akan diserahkan semula kepada mahkamah pada 15 Januari.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin tidak membantah permohonan itu namunbertanya sama ada perancangan untuk menunaikan umrah dilakukan sebelum atau selepas pertuduhan dibuat. Fadzaruddin bangun dan menjawab, perancangan ke Tanah Suci dilakukan selepas pertuduhan. Terdahulu, Vivy dan suaminya mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) serta Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta, enam tahun lalu. SUMBER: BH Online, Rotikaya |
SANKURIANG replied at 31-12-2024 04:11 PM
Kalau dalam juta juta yg kapel ni rembat, ada terdapat hak aku dalam tu…aku tak kan halalkan sesen ...
ADVERTISEMENT