CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ebby Yus Hilang Kata-Kata Ajak Hadiahkan Cawangan Restoran

30-12-2024 10:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41194| Komen: 17

 


Pelawak Ebby Yus meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka mengenai kata-kata pelawak dan penyampai radio, Ajak mengenai cawangan baru restoran itu bukan satu gurauan.

Memetik mStar Online, Ebby berkata dia hilang kata-kata apabila Ajak bukan saja mahu menghadiahkan cawangan restoran baru itu malah menyerahkan gaji serta keuntungan kepadanya.

“Dia pernah cakap kepada saya nak buka cawangan baharu dan serahkan kepada saya. Mulanya ingatkan sekadar gurauan sebab ia yang amat besar. Saya hilang kata-kata apabila dia menyerahkan kontrak berhubung perniagaan ini.

“Ajak seorang rakan yang sangat baik. Saya kenal dia sudah lama sejak dia mula terlibat dalam industri,” katanya.

Sementara itu, Ebby berkata meskipun Ajak memberi kelonggaran berikutan masalah kesihatan dialaminya, namun dia akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan perniagaan tersebut.


Tambah Ebby lagi, dia juga turut teruja untuk melihat sendiri pembukaan restoran yang terletak di Pasar Seni, Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

“Saya mesti bertanggungjawab. Walau dia kata saya tidak perlu bersusah-payah, tetapi saya kena ambil amanah untuk uruskan perniagaan ini. Kalau boleh, hari-hari saya mahu ke kedai,”katanya.

SUMBER: mStar Online, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayurmayur88 31-12-2024 07:44 AM
alhamdulillah.. bertuah bang Ebby dapat sahabat seperti Ajak..
abg Ebby ni antara artis yg tiada org akan benci ke dia sebbnya mmg sifat dia dari dulu takde kontroversi...
Quote akuman1981 31-12-2024 10:02 AM
dh jdi bos tu suh cef msk mknan vege bg ye. jgn nnti ari2 nc greng msak dging kicap, sup kmbing , chiken lamp chop, udg stong kunyit, teh ais 3 layer
Quote AJENALI 31-12-2024 01:07 PM
Kawan yang baik sukar didapati. Semoga kekal bersilaturrahim till jannah. Amin
Quote KamikuP 31-12-2024 04:31 PM
Org ckp si Ebby ni rajin ke Thailand.. iye kah?
Quote oggy 31-12-2024 04:45 PM
Alhamdulillah.. dapat rakan yang baik itu pun rezeki.. semoga Ajak juga dimurahkan rezeki melimpah-ruah atas pertolongan ikhlas beliau. Tapi ni restoran baru kan.. doakan lah sukses dan tak rugi.
Quote cmf_premierleag 31-12-2024 07:40 PM
Dulu2 ms era 2010 mcm tu, aku rajin gak baca blog ebby yus ni
Lawak2 la ayat2 dlm blog dia..siap dgn loghat nismilan nogori lagi
Quote cap_ayam 31-12-2024 07:55 PM
Kaya eh Ajak.. semoga bertambah murah rezeki
Quote oklatu85 31-12-2024 08:13 PM
Alhamdulillah ramai syg Abby yus ni.. jep ajak masuk sepatu pun sbb nak tlg dia.. ajak pulak bg restaurant.. hadiah sebab dia sabar dengan ujian sakit Dan hilang rumah.. redha dia dengan ketentuan Allah..walhal semua duit guna utk buat rumah tue
Quote downiey 1-1-2025 06:48 PM
semoga bertambah rezeki ajak
Quote SR4tahun 2-1-2025 02:05 AM
Ramai betul kwn artis yg jenguk and bantu dia masa sakit kan, mesti baik orgnya ni. Kalau jahat koserrr nak nolongnya. Paling kesian rumah dia ranap dek banjir kan. Besar dugaan ebby ni
Quote samshik 2-1-2025 05:26 AM
Kedai die yg kat CM sedap n murah utk nasi pdg.. g la try.. berbaloi2
Quote QueenCaramel 2-1-2025 11:07 AM
Mulia hati Ajak..untung ebby ramai kawan2 yg tolong juga..
Quote Lolalala 2-1-2025 11:13 AM
Dulu eby yus ada buka ke kedai chinese muslim ddkat gombak prima. Dia memamg rajin turun ke kedai tu. Sayang kedai tu tutup dah. Makan sedap je situ
Quote A-Are 2-1-2025 11:18 AM
oot sat...teringat asam pedas ajai dulu...antara yg tersedap i ols pernah makan...lepas tu dtg lg da tutup...huhu
Quote diss69 2-1-2025 01:17 PM
samshik replied at 2-1-2025 05:26 AM
Kedai die yg kat CM sedap n murah utk nasi pdg.. g la try.. berbaloi2

Prnh jumpa ebby yus ni kat kedai masakan padang jugak, kat kg bharu...
Quote haruno_sakura 2-1-2025 02:38 PM
Alhamdulillah moga EY dan AJAK dipermudahkan urusan dn dimurahkan rezeki
Quote mrseller 2-1-2025 08:09 PM
Jangan ko bagi cawangan yg customer kurang, utang berlambak dah la ye. Kawan artis ni bukan bole caya sangat kikiki

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.085321 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top