CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Didi Astillah Bengang Dakwa Ruhainies Masih Tuduh Bella Rancang Kes Khalwat

30-12-2024 07:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 44573| Komen: 25


Penyanyi Didi Astillah  tampil mempertahankan kakaknya Bella Astillah susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon sensasi, Ruhainies baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Didi berkongsikan video temu bual Ruhainies yang mengulas mengenai dugaan dilaluinya sepanjang tahun ini.

Menurut Didi, kakaknya tidak terlibat untuk merancang kes khalwat membabitkan bekas abang iparnya, Aliff Aziz bersama Ruhainies.

“Malas dan penat sebenarnya bila nampak posting melibatkan dia ni. Tapi video yang baru ni memang buat saya terpanggil nak beritahu sikit tentang kenyataan dia yang tak habis nak cakap soal ‘orang tak tahu perkara sebenar, sampai sekarang pun tak tahu.’



“Tak habis-habis main sentimen itu. Mari saya ingatkan, dulu pun pernah buat kenyataan yang sama selepas itu terus pergi umrah sebab nak tunjuk tak salah.

“Betul-betul Allah jawab doa kakak saya yang korang aniaya. Allah hantar seseorang untuk ‘reveal’ perancangan jahat awak sebab awak tak terfikir WhatsApp korang akan dibaca oleh sesiapa tapi kuasa Allah tiada tandingan,” tulisnya.

Sementara itu, Didi turut mendakwa Ruhainies pernah mencuba untuk menghasut dan mempengaruhi beberapa individu untuk menyebelahinya serta berkata buruk tentang Bella.

“Lagi satu tolong henti menyebarkan fitnah konon kakak saya perangkap. Saya tahu awak ada DM (direct message) artis dalam industri kita ini yang bergelar Datuk, untuk mengutuk dan memfitnah kakak saya dengan mengatakan dialah yang merancang semua ini.

“Gila ke apa nak rancang? Itu perangai awak, ingat kakak saya nak ke anak dia kehilangan bapa? Lama dia bertahan sampai rujuk balik, bertahan lagi lima tahun..cuba fikir? Kaki DVD betul awak ni,” tulisnya.

SUMBER: Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 30-12-2024 07:39 PM
Tepung gomak.


Quote scarflicious 30-12-2024 07:47 PM
ok jah kalau Bella yg rancang. dah tu masa tu si Aziz tu laki dia. dok berduaan dgn pompuan mana ntah. takkan nak tgk je kan?
Quote doubleA 30-12-2024 07:56 PM
Dd ni jurucakap kakak dia ke? Kenapa dia yg lagi tersakiti? Wakil? Tonggang alep gak utk relevan? Aje sewel family ni, setillah tak reti kawal anak2 pompuan dia ke
Quote Hoola 30-12-2024 07:58 PM
dh nk thn br dh che kak oiiiiii
p dok tiam2 ulit sadiq tuuu
p la bt konten korg d tepi sana

org sibuk nk tgk munga api dh oiii
Quote Yusrah 30-12-2024 08:20 PM
lah...masih lagi nak ckp crite basi ni lagi. Ex laki pon da senyap. DD tu trigger sgt asal, Bella yg suruh up ig ke. Runies takde petik nama sapa² pon.
Quote Nozot 30-12-2024 08:27 PM
Edited by Nozot at 30-12-2024 08:54 PM

ya ampun tak habis lagi ke kemut dengan kemek nie.. Sangap perhatian, dua - dua bakat kelaut elokler
Quote Zeelalala 30-12-2024 08:30 PM
Sendu ah tu...sebab tu menyibuk juga konon nak nampak valid
Quote lyshafull 30-12-2024 09:49 PM
Bnde dah lepas noks cerai pun dah dapat
Ape lagi nak ?
mmg dh jangka kan dia yg pggil semua tu siap pggil melodi bagai
Move on je la noks
Quote anilanil 30-12-2024 10:16 PM
Edited by anilanil at 30-12-2024 10:23 PM

A'ah betol mmg dirancang. Sebab masa tu kan si konek toklaki sah dia, mmg patut la plan sampai jadi. Takkan nak suruh si kemek hantar hamper pulak ke si kemut sbb berskandal ngan si konek? Dgn perangai mil halijah lagi, mmg patut la kemek plan semua ni.
Eh, si kemut & si konek tu bila nak nikoh? Lama naw tunggu konek amik lesen kereta...
Quote 8Queen8 30-12-2024 10:39 PM
Tebal muka setebal tepong gomak. Even Bella Rancang pon.
Ko dan Aliff memang ber LUSM pon.
Walau aku tak suka Bella tapi agak2 lah nak play victim
Quote sfrnna 31-12-2024 01:35 AM
Kalau laki aku berduaan dgn betina pun aku pi report. Dah kenapa kan korg merendek. Dah tau laki org kan. Perangkap apanya.
Quote IzzahF 31-12-2024 08:23 AM
dah basi dekkk
Quote manehnya 31-12-2024 08:45 AM
kalau rancang pun so what? at that time alep tu kan laki dia..
Quote menjad 31-12-2024 08:53 AM
agaknya dia soh bella rela dan reda jer laki berlumuih ngan dia siang malam berseronak bersuka... hah gitu. jangan repot terima ajer... hawauuuuu sangat

nasiblah kan
Quote bungalisa 31-12-2024 10:11 AM
Kalau bella rancang pun kami sokong bella….  Dunia da terbalik…
Quote bankerpencen 31-12-2024 10:13 AM
Stilah sisters ni sebab takde bakat and huduh asyik berharapkan orang sebut2 nama diorang. Ungkit la balik benda yang dah basi ni. Kesian.
Quote aciksenah 31-12-2024 10:15 AM
Dah senduria..kena la create something nak bagi nama naik balik.
Quote SherryZass 31-12-2024 10:15 AM
Dah nak tahun 2025, masih lagi make up style tepung gomak nyahhh?
Quote aica187 31-12-2024 10:35 AM
Tak suka kemek tapi aku lagi tak suka si tepung gomak ni,muka putih leher kaler tan

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.091371 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top