ABU DHABI, EMIRIYAH ARAB BERSATU (UAE) – Sebuah pesawat ringan terhempas semalam di luar pantai Ras Al Khaimah yang merupakan salah satu daripada tujuh emiriyah UAE, dengan mengorbankan dua orang, kata pihak berkuasa penerbangan negara itu. “Sebuah pesawat ringan yang dikendalikan oleh Jazirah Aviation Club terhempas ke dalam laut sekali gus meragut nyawa juruterbang dan pembantu juruterbang,” kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Am dalam satu kenyataan. Ia menambah bahawa siasatan telah dilancarkan untuk menentukan punca nahas itu. Kenyataan itu berkata, mangsa adalah warganegara India dan Pakistan. “Nahas berlaku sejurus selepas pesawat berlepas, berhampiran Hotel Cove Rotana di sepanjang pantai,” kata pihak berkuasa penerbangan. “Laporan awal mencadangkan pesawat terputus hubungan radio dan kemudian cuba mendarat cemas. Walaupun usaha menyelamatkan nyawa dilakukan, kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dialami,” tambahnya.
Ras Al Khaimah terletak di bahagian paling utara UAE. – AFP Sumber – KOSMO! ONLINE |
grouper replied at 31-12-2024 12:22 AM
Sebenarnya klau ujung2 tahun ni bulan disember mmg bulan bencana je..tiap2 tahun mcm tu..geng konspi ...
grouper replied at 31-12-2024 12:22 AM
Sebenarnya klau ujung2 tahun ni bulan disember mmg bulan bencana je..tiap2 tahun mcm tu..geng konspi ...
ADVERTISEMENT