CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nahas Jeju Air: Saksi dengar bunyi letupan

30-12-2024 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10036| Komen: 2



SEOUL – Sebilangan saksi insiden pesawat terhempas di daerah Muan, barat daya Korea Selatan melaporkan melihat api dalam enjin dan mendengar beberapa bunyi letupan, lapor agensi berita Yonhap.

Penerbangan Jeju Air terbabas dari landasan ketika mendarat dan melanggar tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, wilayah Jeolla Selatan yang terletak kira-kira 288 kilometer ke barat daya Seoul pada pukul 9.07 pagi (waktu tempatan).

Satu rakaman video yang disiarkan stesen televisyen tempatan memaparkan pesawat yang membawa 181 orang itu cuba mendarat tanpa roda pendaratan.

Seorang saksi, Yoo Jae-yong, 41, yang tinggal di rumah sewa berhampiran lapangan terbang berkata, dia melihat percikan api di sayap kanan pesawat sebelum nahas itu berlaku.

“Saya memberitahu keluarga bahawa pesawat itu mengalami masalah apabila saya mendengar bunyi letupan kuat,” kata Jae-yong.


Seorang lagi saksi yang hanya dikenali dengan nama keluarga Cho berkata, dia sedang berjalan-jalan kira-kira 4.5 kilometer dari lapangan terbang tersebut ketika ia terhempas.

“Saya melihat pesawat itu dan menyangka ia akan mendarat apabila cahaya kelihatan memancar. Kemudian, ada bunyi dentuman kuat, diikuti dengan kemunculan asap di udara dan satu siri letupan didengari,” ujarnya.

Seorang lagi saksi, Kim Yong-cheol, 70, berkata, pesawat itu gagal mendarat dalam percubaan pertama dan ia membuat satu lagi pusingan sebelum nahas berlaku.

Menurutnya, dia mendengar bunyi seperti besi bergesel sebanyak dua kali selama kira-kira lima minit sebelum nahas berlaku.

Young-cheol berkata, dia mendongak ke langit dan melihat pesawat itu naik ke udara selepas gagal mendarat buat kali pertama sebelum mendengar letupan kuat dan diikuti dengan asap hitam berkepul-kepul. – AFP/AGENSI

 
Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 30-12-2024 11:26 AM
the worst accident di hujung2 taon 2024.. fuhh scary sungguh, smp 179 umat mati, yg trselamat dgr cite 2 org jer kan? ke iols salah baca?

takziah pd warga thai and korean.
Quote orkid_amani 30-12-2024 02:29 PM
Betooii laa mati tu xkan penah lewat w/pun sesaat..padahal dah nak landing kan tu. Moga dipermudahkan urusan keluarga si mati

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.100293 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top