AMPANG JAYA – Seorang guru mengaji al-Quran warga Afrika ditahan polis selepas dipercayai merotan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di Kampung Melayu Ampang, di sini, 22 Disember lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, bapa mangsa yang merupakan warga Somalia, tampil membuat laporan polis selepas mengesan kecederaan pada badan anaknya. “Bapa mangsa mendapati terdapat kesan luka di belakang badan anaknya akibat dipukul suspek, 37, menggunakan rotan. “Punca mangsa dipukul adalah kerana mangsa enggan membaca al-Quran seperti diarah suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut beliau lagi, mangsa yang baru sahaja seminggu belajar mengaji dengan suspek telah dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut. “Susulan laporan berkenaan, kita menahan suspek di Jalan Permai Taman Dato Ahmad Razali, di sini, pukul 5.45 petang 23 Disember lalu.
“Semakan mendapati suspek tiada rekod lampau dan negatif dadah,” jelasnya. Tambahnya, suspek direman tujuh hari bermula 24 Disember hingga esok bagi siasatan lanjut. “Kes disiasat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” ujarnya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
hayrin86: Ingatkan tempatan, rupanya warga asing dari Afrika.
Zeatyisaac replied at 30-12-2024 11:40 AM
Yer, anak2 balik Malaysia sendiri. Mak pak kat penjara Sweden. Apa citer mereka sekarang yer.
prettyuglybabe replied at 30-12-2024 06:47 AM
rotan sikit-sikit boleh diterima..
ini sampai luka, kau nak mendidik ke nak mendera?
tapi kalau buda ...
edayildiz replied at 30-12-2024 10:06 AM
ohhh mmg laki bini tu kt penjara la eh..ingt mcm kena reman je...
ADVERTISEMENT