Pelakon, Rozita Che Wan sudah membuat pembayaran sebanyak RM550,000 bagi melunaskan hutang pinjaman kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) sehingga Jumaat lalu. Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehubungan itu, pihaknya akan menangguhkan tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap Rozita atau Che Ta. Bagaimanapun, katanya, baki hutang yang tertunggak perlu diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan sebelum penghujung Mac tahun hadapan. “Sudah saya tegaskan bahawa Mara tidak akan berkompromi dengan segala tindakan untuk mendapatkan balik setiap sen wang rakyat yang diamanahkan. “Ini akan membolehkan wang ini dimanfaatkan pula kepada orang lain yang amat memerlukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini Pada 10 Disember lalu, kediaman selebriti itu diserbu pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan Mara berjumlah RM960,000 pada 2017 menerusi syarikat miliknya, RCW Worldwide Sdn. Bhd. Pada 24 Disember lalu, acara lelongan awam membabitkan 34 barangan miliknya dengan jumlah keseluruhan bernilai RM902,012 telah ditangguh atas permohonan pelakon itu. Sumber – KOSMO! ONLINE |
freyayong replied at 30-12-2024 09:52 AM
sebenarnya ada duit lah.. tp pilih utk tak nak byr... apo... buruk perangai..
dewi_rina replied at 30-12-2024 10:19 AM
Ada pun duit nak bayar.. Hasil jual dress letop ke
Dalam list harta dia nak lelong tu takde h ...
Mimo.mimo replied at 30-12-2024 02:57 AM
Adakah dia banyak beg fufu?
ADVERTISEMENT