CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Air Canada pula terpaksa mendarat cemas, gear pendaratan rosak

30-12-2024 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9944| Komen: 9

 

ONTARIO, Kanada – sebuah penerbangan Air Canada terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield selepas gear pendaratannya rosak hari ini(waktu Malaysia), lapor agensi berita Anadolu.

Penerbangan Air Canada 2259 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa St.John sebelum mengalami masalah pendaratan pada pukul 9.30 pagi tadi(waktu Malaysia) yang mengakibatkan pesawat tergelincir dan kebakaran enjin.

Insiden itu mendorong tindakan pantas pasukan kecemasan bagi memastikan keselamatan penumpang dan kru, lapor sebilangan akhbar.

Seorang penumpang, Nikki Valentine memberitahu saluran berita CBC News bahawa tayar pesawat tidak keluar dengan sempurna semasa pendaratan.

“Pesawat itu senget ke kiri dan ketika itu, kami mendengar bunyi kuat seperti terhempas.

“Sayap pesawat bergeser dengan landasan bersama enjinnya,” kata Nikki.


Selepas pesawat mendarat, semua kru dan penumpang dibawa ke sebuah hangar untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

Tiada kematian dilaporkan. – AGENSI

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote netto_ 30-12-2024 10:22 AM
Ape masalah la planes ni sume.
Quote edayildiz 30-12-2024 10:32 AM
29 hb smlm ada 3 kes kan..huih seram..camna nk balik kl dua tiga hari lg ni..nk naik bas je la..burn tiket flight pun xpe la..sbb murah je
Quote bpbbppbp 30-12-2024 11:32 AM
Seram jgk. Berapi api sayap tu brgesel dgn lndasan
Quote Kitty_catz 30-12-2024 11:51 AM
2 days ago pun lhr very foggy, byk flight delayed sbb kabus tebas sangat

semoga dipermudahkan utk smua yg nak balik ke sarang masing2 lepas cuti xmas
Quote Radzor 30-12-2024 12:14 PM
[tiktok]7454052580029746450[/tiktok]
berapi² sagat sayap
Quote kotakbaju 30-12-2024 02:45 PM
Berturut2 pulak berita tak best pasal airline ni.
Quote hanamunir 30-12-2024 06:40 PM
aduhh semoga dipermudahkn perjalanan siapa2 yg bakalan naik flight nanti..
bergegar sikit pun da seriau..
ini sampai keluar api bagaii..
Quote ardent91 1-1-2025 08:03 AM
naseb baekla xder concrete-like structure at the end of runway cam airport muan kat S Korea tu...
Quote Decaffeinated 1-1-2025 06:06 PM
Manusia semakin ramai, air travel semakin meriah. Komunikasi pula semakin pantas dan meluas. Adakah kerana itu nampak macam insiden semakin kerap pada hal kadarnya sama?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.113897 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top