CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pendaratan cemas, lelaki Rusia mabuk mahu pecahkan tingkap pesawat

30-12-2024 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9426| Komen: 2

 


DUBAI – Seorang penumpang mengancam mahu memecahkan tingkap pesawat, menyebabkan juruterbang terpaksa melakukan pendaratan cemas, lapor portal berita The Sun UK semalam.

Penumpang terbabit, Roman Pakhomov, 38, diikat dengan tali pinggang keselamatan pada kerusi oleh penumpang lain ketika pesawat tersebut dalam penerbangan dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ke Moscow, Russia.

Dia membalasnya dengan menjerit dan menendang kru penerbangan.

Media Russia melaporkan bahawa juruterbang pesawat Boeing 777 itu memberi arahan untuk mengikat lelaki tersebut dengan gari plastik.

Namun, Pakhomov terus merosakkan gari tersebut dan cuba memecahkan tingkap, menyebabkan dia diikat pada kerusinya.

Perbuatan lelaki dari Russia itu menyebabkan pesawat tersebut terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Aliyev di Baku, sebelum ditahan oleh polis Azerbaijan.


Laporan menyatakan bahawa lelaki itu bertindak liar selepas mengambil alkohol yang dibawa masuk ke dalam pesawat secara sembunyi.

Pesawat itu berada di lapangan terbang tersebut lebih dua jam sebelum terbang ke Moscow. – AGENSI

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 30-12-2024 09:17 AM
Aik lepas pulak alcohol tu seludup masuk...acik Z g jepun xlepas seludup rendang sbb terlampau byk utk jual in..hehe
Quote cikdot 30-12-2024 09:19 AM
patut ban alkohol dalam flight jugak ah. gilo excessive intake mabuk menyusahkan orang puak2 ni..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.047097 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top