CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunyi dentuman kuat, air laju masuk rumah benteng kolam takungan pecah

30-12-2024 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10039| Komen: 5


 

KUALA SELANGOR – “Terkejut melihat limpahan air itu, saya segera mengambil anak dan isteri lalu berlindung dalam pacuan empat roda kami,” kata Hafifi Saleh, 38, salah seorang penduduk Taman Seri Alam, Saujana Utama dekat sini yang dilanda banjir akibat benteng sebuah kolam takungan pecah, petang tadi.

Menurutnya, semasa kejadian hujan baru berhenti selepas berterusan lebat sejak pukul 3 petang dan ketika itu dia sedang bersembang dengan jiran di luar rumah kira-kira pukul 3.40 petang.

“Saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat limpahan air dari kolam takungan berhampiran memasuki kawasan rumah. Saya bersyukur keluarga terselamat biarpun ada perabot mengalami kerosakan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan benteng yang pecah itu mengakibatkan limpahan air umpama tsunami, namun tiada sebarang pemindahan mangsa dilakukan kerana banjir telah surut sepenuhnya hari ini.


Sementara itu, Ahli Majlis Zon 23 Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Maisarah Ismail berkata, pihaknya akan membina benteng penghadang sementara di lokasi runtuhan bagi mengelak limpahan air berulang sekiranya hujan lebat.

“Kira-kira 10 buah rumah terjejas teruk akibat kejadian itu dan penduduk memilih untuk tidak berpindah kerana mahu mencuci rumah berikutan air surut. Kerja-kerja pembersihan rumah dan sisa runtuhan benteng akan dibuat malam ini sebelum membina benteng penghadang sementara,” katanya.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ibu_haritz 30-12-2024 08:57 AM
Kesian kt penduduk situ.. Ni kali ke 2
Smlm jengah kt situ bomba datang tlg sedut air..
Quote L.U.S.M 30-12-2024 09:14 AM
Yg kje kat benteng tu tidur ke apa...harap penduduk tu saman la MPKS ni...kecuaian yg besar kot..masing2 keje gaji nk besar tp pemalas buat kje
Quote KamikuP 30-12-2024 10:50 AM
Saman MPKS ni atas kecuaian
Quote dubuk 30-12-2024 11:53 AM
Sejak MPKS menceburkan diri dalam takungan air, akhirnya melimpah rahmatan lil alamin
Quote gigahertz 30-12-2024 01:29 PM
KamikuP: Saman MPKS ni atas kecuaian

sedihkan duduk malaysia. subsidi kena tarik , pencen dah takde.
masalah masih sama.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.068578 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top