CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penyanyi 80-an Suliza Salam kini isteri ahli perniagaan

24-12-2024 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31508| Komen: 24

 


Selepas dua tahun kembali solo, penyanyi era 1980-an, Suliza Salam mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Ismail A Samad pada pukul 11 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan pelakon, Anne Abdullah menerusi Instagram dengan memuat naik video majlis pernikahan yang diadakan di kediamannya di Bukit Kiara.

“Tahniah kak Suliza. Moga kekal ke jannah kakakku sayang. Syukur alhamdulillah, saya tumpang gembira untuk anda.

“Terima kasih atas undangan,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Difahamkan, hari bersejarah ibu kepada penyanyi Ismail Izzani itu hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat.

Ismail turut kelihatan mengiringi bonda tercinta memasuki ruang pernikahan berbaju Melayu sedondon rona putih dengan ibunya.

Selain Anne, pengantin turut diraikan rakan selebriti ternasuk Ziela Jalil dan Liza Abdullah.


Sebelum ini, Suliza pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pada 11 Januari 1991, namun pasangan itu tidak pernah berkongsi mengenai perceraian mereka.

Begitupun, berita perpisahan tersebut disahkan Ismail yang juga anak bongsu mereka sekitar tahun ini.

Menerusi perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan dua lagi permata hati iaitu Nurizzati dan Nur Falahi.  

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 24-12-2024 11:01 AM
dah tak Datin lah ye... ke Datin jugak? boleh sambung menyombong dengan orang. hihihihi
Quote akies 24-12-2024 11:08 AM
Laku juga dia ni
Quote gorjeous 24-12-2024 11:55 AM
tahniah. kawin dgn org mana?
Quote Samerosie 24-12-2024 12:21 PM
Satu lagu dia apah pun tak ingat, cuma ingat dulu urtv gelar dia penyanyi mata kucing.
Quote sharlenetexas 24-12-2024 12:25 PM
Besan datang tak?

Quote black_handbag 24-12-2024 12:31 PM
laki dia umo berapa.. sbb nampak muda
Quote kepompong 24-12-2024 01:08 PM
wow laris ... dulu dia menyondol bff , bff tak laku2 jugak sampai arini
Quote prettyuglybabe 24-12-2024 01:13 PM
Samerosie replied at 24-12-2024 12:21 PM
Satu lagu dia apah pun tak ingat, cuma ingat dulu urtv gelar dia penyanyi mata kucing.

satu je lagu hit dia kan..
untuk sekali lagi..
Quote NazRysha 24-12-2024 01:35 PM
kepompong replied at 24-12-2024 01:08 PM
wow laris ... dulu dia menyondol bff , bff tak laku2 jugak sampai arini

siapa bff dia?
Quote NazRysha 24-12-2024 01:35 PM
umur 60 macam ni mmg lawa la ek
lupaaa datin sebelum ni
Quote kepompong 24-12-2024 02:07 PM
NazRysha replied at 24-12-2024 01:35 PM
siapa bff dia?

isteri dato zainal pada waktu kejadian sondolan
Quote BellaThePrinces 24-12-2024 04:16 PM
Selamat Pengantin Baru..

Tak teringin nak join GegarVaganza kah??

Quote debab_78 24-12-2024 04:25 PM
dekat tiktok meols ada lalu fyp.... dia mcm buat mata kat mak dia masa atas kerusi tu minta dekat sikit..
Quote Hoola 24-12-2024 04:35 PM
seriuslah xtahu pak mak ismail bpisah
pasaipa gamaknya ya
pak baru sama nama semail
Quote misszazaz 24-12-2024 05:06 PM
Alhamdulillah Selamat pengantin baru
Quote Nadiabella 25-12-2024 08:01 AM
Bekas suami pon dah kawin baru.....dua2 dah bina hidup baru. Semoga perkahwinan kekal hingga ke jannah.
Quote Carcosa 25-12-2024 10:03 AM
Laku keras dia ni
Quote missyL 25-12-2024 01:32 PM
Kesian ank2 mak bapak sibok nk carik pasangan lol
Mesti jenis xleh kalah
Quote babynina30 25-12-2024 03:19 PM
Oh so her tok nal tu dud le dulu ? She mendudkan heols ya ? Lama jua sheols kawen dgn toknal 33thn.

Toknal remerid anak daro ke ? Mudo ke ?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.101408 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top