CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wawa Zainal nafi untung bersih syarikat RM40 juta

24-12-2024 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31950| Komen: 44

 

Selebriti dan usahawan popular, Wawa Zainal menafikan dakwaan netizen kononnya untung bersih perniagaan diusahakan bersama suami, Aeril Zafrel berjumlah RM40 juta.

Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 33, sebaliknya berkata, memang menjadi kelazimannya membayar zakat perniagaan ‘ekstra’ kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Tak pun (jumlah RM40 juta) cuma memang nak bayar lebih,” ujar Wawa.

Untuk Info, peniaga wajib membayar kadar zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada nilaian harga kesemua barang yang dijual atau perkhidmatan yang dikenakan bayaran pada tarikh cukup haul.

Menurut Wawa, zakat yang dikeluarkan itu diharap dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Rezeki yang diperoleh ini bukan hanya milik kita, tetapi ada bahagian untuk mereka yang lebih memerlukan.

“Zakat adalah salah satu cara untuk membersihkan harta dan pada masa yang sama membantu mereka yang berada dalam kesusahan,” katanya.


Sejak ditubuhkan pada 2016, syarikat yang diusahakan pasangan suami isteri iaitu Wawa Cosmetics sudah berkembang pesat dan menjadi antara jenama kosmetik digemari ramai di Malaysia.

Tahun lalu, Wawa dan suami membayar zakat perniagaan sebanyak RM1.15 juta kepada LZS sementelah dua tahun sebelumnya, mereka melaksanakan bayaran zakat melebihi RM50,000. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikpah27 24-12-2024 11:39 AM
wawa kosmetik ni nampak la jugak consistant perniagaannya.. cheta tu kejap ada kejap xda..
Quote prince_marhaen 24-12-2024 12:02 PM
meols dah bertahun konsisten pakai sunscreen wawa... so far ni je yang sesuai ngan skin meols yb combination & sensitive.. pagi sampai malam glowing.. hihihihihi
Quote prince_marhaen 24-12-2024 12:02 PM
meols dah bertahun konsisten pakai sunscreen wawa... so far ni je yang sesuai ngan skin meols yb combination & sensitive.. pagi sampai malam glowing.. hihihihihi
Quote slyfynx 24-12-2024 12:16 PM
So kesimpulan, jadi cantik, jadi retis
X yah belajar susah2
Orng terus percaya je cosmetics.
Yang jadi saintis, org cari time covid je.
Time tu la baru frontliner la, ape la.
Quote sharlenetexas 24-12-2024 12:25 PM
Punyalah gebang.

Quote pokokmeranti 24-12-2024 02:54 PM
slyfynx replied at 24-12-2024 12:16 PM
So kesimpulan, jadi cantik, jadi retis
X yah belajar susah2
Orng terus percaya je cosmetics.

saintis nie mana org nak percaya, tgk penampilan pun serabut
Quote byz_87 24-12-2024 02:55 PM
sunscreen meraka lah punca hampir masuk emergency, adoi lah
Quote katnissE 24-12-2024 03:02 PM

Ada ke orang beli produk timbang kilo diorang ni?
Quote aciksenah 24-12-2024 03:08 PM
slyfynx replied at 24-12-2024 12:16 PM
So kesimpulan, jadi cantik, jadi retis
X yah belajar susah2
Orng terus percaya je cosmetics.

Tak perlu nak belajar pun chuols..asalkan ada duit boleh je bukak kilang upah cosmetic formulator untuk formulate product. Macam jugak orang bukak restoren dan hire chef. Atau pun p kilang oem yang memang dah ada cosmetic formulator. Janji kena ada duit je.
Nak buat product ni bukannya susah pun. Sama macam masak jugak,  dia ada resepi tersendiri..cuma kena tau setiap bahan tu berapa percentage dan pH yang selamat untuk digunakan dalam setiap formulasi.




Quote syamzana 24-12-2024 03:14 PM
zakat saje 1.15juta
kalau untung byk tu iols rasa 1 dlm 10 org sekeliling kita menggunakan produk wawa ni. sekitar iols xde plak guna, iols pun tatau produk apa dlm kosmetik sheols ni. ke ada bisnes lain lagi?

btw, kaya betul retis msia ya
Quote sayurmayur88 24-12-2024 04:02 PM
alhamdulillah..
zakat je 1.15 juta.. byk umat yg dapat dibantu..
Allah beri rezeki...
Quote ezacbee 24-12-2024 04:05 PM
Retis senang buat biz. Tp senang gak terlungkup. Rezeki masing2.
Quote Akalditipumata 24-12-2024 04:42 PM
Diorg ni rajin buat marketing produk diorg.. tp iolzz xserasi ngn product diorg...sunscreen tu jadi burn terus muka..
Quote Kitty_catz 24-12-2024 05:28 PM
mmg tak

sekian
Quote stania83 24-12-2024 07:04 PM
pandai juga depa meniaga
bukan senang walopon artis
kalau senang ramai dah artis jadi mcm depa
wawa ni dulu masukpharmacy, skrg tak tau
millionaire depa ni, untung 40 juta pon percaya je
product depa appealing, tak nampak la kampung
Quote Shayang 24-12-2024 07:52 PM
Bayar zakat lebih dapatla kurangkan tax sbb full rebate kan

Quote Shayang 24-12-2024 07:53 PM
Kitty_catz replied at 24-12-2024 05:28 PM
mmg tak

sekian


Dorang punya record semua ok ke?
Sbb biasanya yg konsisten bayo zakat ni mesti tax pun clear kan
Quote ajeajelah 24-12-2024 10:17 PM
Bagusla retis pandai cari duit fikirkan masa depan.
Quote naina 24-12-2024 11:07 PM
Nampak la deols bekerja keras..walaupun dalam pantang pun gigih pg kilang cek stok sampai kena kecam.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.116850 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top