CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Mommy tak payah kahwin lagi’ – Anak Rita Rudaini

23-12-2024 11:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32716| Komen: 73



Bahagia bersama anak-anak, pelakon Rita Rudaini mengakui enggan berkahwin lagi malah mahu fokus mencurahkan kasih sayang kepada dua putera kesayangannya.

Malah, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, memberi jaminan kepada anak-anaknya bahawa dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin semula.

“Mommy tak akan kahwin sebab Mommy nak duduk dengan Rayyan dan adik,” katanya bagi menjawab soalan netizen yang bertanya sama ada mahu mendirikan rumah lagi.

Pertanyaan itu turut mengundang reaksi spontan dua puteranya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang jelas menggambarkan mereka selesa dengan keadaan sekarang.

“Tak payahlah. Mommy tak payah kahwin lagi. Mommy seorang pun dah cukup dah,” tegasnya.

Momen penuh kasih sayang itu meraih pujian netizen yang meluahkan rasa sebak melihat keakraban tiga beranak tersebut.


“Cekalnya seorang anak tidak mahu lihat ibunya terluka lagi, sebak tengok,” komen seorang netizen.

“Bahagian Mommy peluk anak-anak buat saya menangis, mereka membesar cukup kasih sayang meskipun tanpa figura seorang bapa,” kata seorang pengguna media sosial.

Pelakon filem Mami Jarum itu pernah berkahwin dengan pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 2013.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang menjadi tunjang kekuatan Rita.  

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bintangct 24-12-2024 12:04 AM
momi cntik syg xkawen lg
dpt baby gurl sorg boleh warisi gen momi
Quote manehnya 24-12-2024 11:03 AM
bintangct replied at 24-12-2024 12:04 AM
momi cntik syg xkawen lg
dpt baby gurl sorg boleh warisi gen momi

dan nk masok 50an boleh lg ka beranak nye
Quote Samerosie 24-12-2024 11:53 AM
“Mommy tak akan kahwin sebab Mommy nak duduk dengan Rayyan dan adik,”


Mampus la dekkkkkk, esok kawin terus migrate le jauh2 sikit.
Quote LadyCarefree 24-12-2024 12:11 PM
Dah 11 tahun cerai. Tak ada siapa ke nak dia ni?
Quote black_handbag 24-12-2024 12:34 PM
kalau bab jaga anak, didik anak, memang boleh puji acik rut ni.. sbb orang ada laki pun kadang tak mampu didik macam acik rut ni buat sorang2
Quote ashilalat 24-12-2024 12:40 PM
Mami masih terkenang kenang apak korang...tiap benda terbayang apak korang. Jgn risau, mami xkan kawen lain. Hanya apak korang di hati mami. Biarlah kering smpai ke sudah.
Quote tagas 24-12-2024 02:53 PM
ashilalat replied at 24-12-2024 12:40 PM
Mami masih terkenang kenang apak korang...tiap benda terbayang apak korang. Jgn risau, mami xkan kaw ...

Haha kann

Terkenang kenang hingga meroyan royan

Rindu ler tuh  
Quote Glass_shoes 24-12-2024 05:19 PM
ashilalat replied at 24-12-2024 12:40 PM
Mami masih terkenang kenang apak korang...tiap benda terbayang apak korang. Jgn risau, mami xkan kaw ...

IMG_20241224_171705.jpg
Terkenang-kenang
Quote rosevelvet 24-12-2024 05:24 PM
Xyah kawen la mami. Dua2 org ex husband mcm no turning back. Harap x trauma berpanjangan
Quote tasha 25-12-2024 03:07 PM
Glass_shoes replied at 24-12-2024 05:19 PM
Terkenang-kenang

Dh berbelas tahun tak abis lagi...
Patutlah bekas laki buat beku tp tulah anak2 jd mangsa....
Quote annehuda 25-12-2024 03:18 PM
rosevelvet replied at 24-12-2024 05:24 PM
Xyah kawen la mami. Dua2 org ex husband mcm no turning back. Harap x trauma berpanjangan

tetiba aku teringat plak dulu kan dia penah digosipkan kembali bercinta dgn first ex tu. terus ex dia report polis hokkay. aku rasa mcm kelakar pulak kalau btul takde ape bleh je ex dia sekadar buat statement biasa je since ex dia pun personaliti tv jugak sbnrnye
Quote LembingDayanti 25-12-2024 03:36 PM
rupa2 anak sulung dia ala2 mrbean ek
Quote rosmahisham 25-12-2024 03:38 PM
Rugi x kawen & x move on.. bila dicurangi / ditinggalkn/diceraikn la patut kita cpt2 move on & cari laki baru.. setakat ahli perniagaan/dato tu sng2 je rita nih blh dpt.. jauh lawa rita dr tin sendok tu! Datin Suliza Salam 60 tahun pon laku lg..siap dpt dato' lg
Quote EncikRhoma 25-12-2024 03:44 PM
Astaga...ingatkan student smjkt tadi. Dulu kalau tak silap acik rita pernah digosipkan dgn donna muslim masa acik rita bukak cafe dulu. Mana la donna muslim tu sekarang
Quote rosewhite 25-12-2024 03:59 PM
EncikRhoma replied at 25-12-2024 03:44 PM
Astaga...ingatkan student smjkt tadi. Dulu kalau tak silap acik rita pernah digosipkan dgn donna mus ...

Dok sibuk buat business popia kan
Quote EncikRhoma 25-12-2024 04:06 PM
rosewhite replied at 25-12-2024 03:59 PM
Dok sibuk buat business popia kan

Ye ke? Dah tak berlakon ke?
Quote mrseller 25-12-2024 04:51 PM
Dgn askar jepun dulu x menjadi ka?
Quote Piramida 25-12-2024 04:56 PM
Ada yg masuk line ke? Berani?
Quote rosevelvet 25-12-2024 05:14 PM
annehuda replied at 25-12-2024 03:18 PM
tetiba aku teringat plak dulu kan dia penah digosipkan kembali bercinta dgn first ex tu. terus ex  ...

Meol rs exes mungkin ada trauma. Sampai bila tlepas tu kira x berkutik lgsung. Persis xkan kembali ke neraka

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.041021 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top