CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tolong bertahan, saya akan bawa awak pulang’ - Isteri Along Cham

23-12-2024 11:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30552| Komen: 15



Isteri kepada pelawak dan pelakon Along Cham iaitu Afreenq Suhaimi meminta suaminya kekal bertahan selepas didakwa dengan pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis pada 14 Disember lalu.

Tidak pernah berhenti mendoakan untuk insan tercinta, Afreena berjanji akan berusaha membebaskan Along selain tidak mampu membayangkan hidup suaminya yang kini dalam keadaan kurang selesa.

“Saya tahu dan dapat rasa awak tak tidur dengan baik serta tidak selesa di sana.

“Takut, sedih dan perasaan yang bercampur-baur. Tolong bertahan, saya pasti akan bawa awak pulang ke rumah. Saya janji, kita boleh lakukannya sayang!” katanya dalam Instagram Story hari ini.

Dalam masa sama, dia juga menganggap semua yang berlaku ketika ini merupakan ujian daripada Tuhan buat keluarganya.

“Saya terlalu penat sayang, ujian yang sangat besar daripada Allah SWT.


“Saya janji kepada awak, kita akan kembali bersama tidak lama lagi,” ujarnya.

Terdahulu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis lebih 60gram minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dalam milikannya disyaki dadah jenis Kanabis anggaran berat 58.23 gram di sebuah rumah di Laman Lakeview, Cyberjaya di sini pukul 3.10 petang pada 14 Disember lalu.

Along membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman dan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Fuad tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babyorange 24-12-2024 03:18 AM
Laa ade bini baru upenye si along? Bile mase die kawen? Ingatkn msh duda
Quote swimswim 26-12-2024 10:40 AM
Shut it. Byk ckp
Quote black_handbag 26-12-2024 01:21 PM
gile ke apa. nak bawak pulang apenya laki ko tu dalam penjara. tak habis2 nak tunjuk laki dia tak bersalah
Quote NazRysha 26-12-2024 01:24 PM
sepatutnya check air kencing bini dia sekali
Quote sphinx 26-12-2024 01:27 PM
overnyaa. bini pun kena check juga nie. statement mcm kurang waras dan tidak cerdik.
Quote xtinkerbellx 26-12-2024 01:40 PM
Mende ntah
Quote jiwakacau06 26-12-2024 03:22 PM
sbnr nya brpa byk bnda yg along tu ada....smpai xleh jamin
Quote Zeelalala 26-12-2024 03:30 PM
Bini dia ni kalau ye nak bela laki tu, diam2 sudah ah buat keje pun....ni semua nak disembur dlm medsos.
Quote syamzana 26-12-2024 03:30 PM
jiwakacau06 replied at 26-12-2024 03:22 PM
sbnr nya brpa byk bnda yg along tu ada....smpai xleh jamin

baca aritu 60g.
kalau ada byk tu kiranya byk ke??
tgk seksyen tu hukuman penjara seumur hidup/x kurang dari 5thn dgn sebat maksimum 10
Quote lyna22 26-12-2024 03:37 PM
minah ni educated and good career tp emo kemain.. faham husband u tp jgn la malukan diri sendiri over benorrr
Quote lolipopmanish 26-12-2024 03:38 PM
Hmm siannn

Masih in denial ke wife heols ni
Quote KamikuP 26-12-2024 04:06 PM
Lawak sgt ke si along cham ni cuolls?
Quote black_handbag 26-12-2024 04:18 PM
leh siap2 mintak cerai la bij. biasa set2 terpaling susah senang bersama toklaki ni la yang akan cabut dulu kalau somi bermasalah mcm ni
Quote lyna22 26-12-2024 04:19 PM
lolipopmanish replied at 26-12-2024 03:38 PM
Hmm siannn

Masih in denial ke wife heols ni

i rasa dia mcm baru kawin kali kedua after menjanda mengharapkan marriage kali ni works.. and still in cloud 9 tibehh laki kena cekup takleh menerima sbb tu in denial...  maybe dia sgt blinded dgn cinta terhadap suami sampai tak percaya ada dadah dlm store rumah dia...
or maybe dh lama tau laki dia mendadih tp in deluluuu mode...
Quote cmf_premierleag 26-12-2024 09:07 PM
Aku ni ada soft spot sikit dgn along ni
Sbb dulu ms ex wife dia berzina dgn jantan lain masa masihhh lg jd bini dia, sikit pun dia x bukak aib ex wife
Sbb x nak anak dia baca bila dh besar nanti
Last2 ex wife sendiri terkantoi dgn netizen ms tu
Tp now, dia tersilap langkah dlm hidup ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.033776 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top