CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fitnah dan mengaibkan Ketua Polis Negara, Papagomo masuk balai lagi

20-12-2024 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27883| Komen: 8

 


PETALING JAYA – Polis merakam keterangan blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung video berbaur fitnah dan mengaibkan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain tempoh hari.

Razarudin berkata, blogger yang dikenali Papagomo tampil di Balai Polis Setapak di sini, pukul 3 petang tadi bagi memberi keterangan.

Katanya, video fitnah itu dikesan dimuat naik di YouTube Sir Azri dengan tajuk ‘Ketua Polis Negara Pelacur Banduan Terhormat’ pada 15 Disember lalu.

“Sebanyak 37 soalan telah diajukan namun beliau memilih untuk menjawab di mahkamah terhadap semua soalan berkaitan video yang disiasat.

“Rakaman percakapan selesai pada pukul 4.05 petang ini,” katanya kepada Kosmo!

Menurut beliau lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Menerusi video berdurasi hampir dua jam itu, Sir Azri mendakwa KPN adalah penjilat kepada Anwar Ibrahim. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jebatmaspunyer 20-12-2024 10:46 AM
Iolls cam kagum & curious gak lah. Iolls perasan dah byk kali dia ni kena panggil ke balai & kena dakwa tp kental weh. Masih jugak buat video mengundang. Kebenaran atau fitnah tu iolls x pasti tapi berani betul. Camner hidup dia eh. X rasa serabut ke? Apa y motivate dia? ke ni mmg main income dia?
Quote prince_marhaen 20-12-2024 11:24 AM
jebatmaspunyer replied at 20-12-2024 10:46 AM
Iolls cam kagum & curious gak lah. Iolls perasan dah byk kali dia ni kena panggil ke balai & kena da ...

ada yang memang 'job' dibayar/sponsor untuk kerja-kerja macam ni, timbulkan isu, create chaos & teka-teki, provokasi, petik isu-isu semasa... memang ada... so meols speku memang core bussiness or kerja hakiki heols adalah macam ni. Kena tahan, lepas, dakwa, naik court...semua ada yang akan 'cover'. It's politics games. Sedangkan page-page official 'biasa-biasa' pun ada trooper yang dibayar untuk like, komen, balas komen netizen... inikan pula isu negara kan..
Quote tungkai 20-12-2024 11:41 AM
Skrg ni nak buat video atau raise opinion pasal sesuatu kes pun macam tak syok lagi. Takut ada yg baca/tengok pastu sentap tak pasal2. Pastu report pulis..Tisu sgt ke org sekarang ni??
Quote bottompro 21-12-2024 08:44 AM
Nyahh.. ko tu dah la hodoh, bodoh, misken. All in one. Bawak2 la bertenang daripada jadi taik dan hamba abdi politik
Quote tagas 21-12-2024 10:09 AM
Sape funder monyet nihh
Quote Apoo 21-12-2024 10:29 AM
tungkai replied at 20-12-2024 11:41 AM
Skrg ni nak buat video atau raise opinion pasal sesuatu kes pun macam tak syok lagi. Takut ada yg ba ...

Hg nak complain atau komen apa2 isu pun boleh, as long as x fitnah & tak libatkan 3R. Itu je.
Quote Skuau 21-12-2024 11:14 AM
bottompro replied at 21-12-2024 08:44 AM
Nyahh.. ko tu dah la hodoh, bodoh, misken. All in one. Bawak2 la bertenang daripada jadi taik dan ha ...

Ahli politik...bukan nya semua hensem pung...
Quote Perwira2022 21-12-2024 11:23 AM
Selamat jadi sasaran pembalas dendam.... Silap besar la si gomo ni tak join wak Jahid tadah bontot kat  Nuart. 47 kes prima facie pun boleh lepas.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.089769 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top