KUALA LUMPUR: Seramai 6,417 orang pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak meletakkan jawatan sejak 2019 hingga 2023. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata selain itu pihaknya juga merekodkan seramai 1,046 pakar perubatan turut meninggalkan perkhidmatan awam dalam tempoh sama. Katanya, 63 pakar perubatan lain pula memilih untuk bersara pilihan. "Antara punca pegawai perubatan berkenaan meletakkan jawatan kerana memperoleh tawaran bekerja sebagai pensyarah di universiti awam (UA). "Punca lain peletakan jawatan pegawai perubatan berkenaan adalah disebabkan masalah peribadi, isu kompetensi dan masalah kesihatan. "Terdapat juga peletakan jawatan yang perlu dibuat oleh pegawai selaras dengan peraturan mengenai perkhidmatan yang berkuat kuasa bagi tujuan pegawai lantikan kontrak dipendekkan tempoh kontrak sedia ada, dilantik semula secara tetap dan bertujuan memudahcara proses pembayaran ganjaran kontrak," katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Senator Dr RA Lingeshwaran yang meminta penjelasan daripada Menteri Kesihatan berhubung jumlah pegawai perubatan tetap dan kontrak yang meletak jawatan atau bersara pilihan dari KKM, dalam tempoh lima tahun terakhir. Menurut stastitik dikeluarkan KKM, daripada 6,417 pegawai perubatan yang meletak jawatan, 2,385 orang adalah mereka yang berjawatan tetap, manakala baki 4,032 orang adalah lantikan kontrak. Dr Dzulkefly menjelaskan, bahawa jumlah peletakan jawatan itu tidak termasuk 1,086 pegawai perubatan kontrak yang meletak jawatan kerana memendekkan perkhidmatan kontrak sedia ada, bagi tujuan menerima tawaran pelantikan tetap dan diproses ganjaran kontrak. Mengenai jumlah petugas kesihatan yang masih berkhidmat di KKM, Dr Dzulkefly berkata terdapat seramai 298,853 orang setakat 30 Jun lalu. Katanya, jumlah itu meliputi 266,133 petugas kesihatan lantikan tetap dan sebanyak 32,720 lagi adalah petugas kesihatan lantikan kontrak. "Daripada jumlah itu, seramai 7,638 orang adalah pakar perubatan, manakala 44,155 adalah pegawai perubatan," katanya. Sumber – Berita Harian |
otai_g replied at 19-12-2024 01:56 PM
1 left 10 come. Apa masalahnya? Yg nak blah tu biar je lah. Ni yg nak msk ni knp x ambik?
n3ar replied at 19-12-2024 03:41 PM
memang yg masuk sebagai Housemen, medical officer ramai tp semua tu baru & takde pengalaman..
yg ...
otai_g replied at 19-12-2024 05:56 AM
1 left 10 come. Apa masalahnya? Yg nak blah tu biar je lah. Ni yg nak msk ni knp x ambik?
mamajawie replied at 19-12-2024 02:43 PM
aku ni pelik ramai ejen2 takaful ke insurans ke orang kaya raya ramai kecam orang pegi dgan GH..FIL ...
mamajawie replied at 19-12-2024 02:43 PM
aku ni pelik ramai ejen2 takaful ke insurans ke orang kaya raya ramai kecam orang pegi dgan GH..FIL ...
ADVERTISEMENT