CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pempengaruh Malaysia, Hu Chang Mun ditahan di Taiwan

19-12-2024 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9440| Komen: 16

 


Taipei: Seorang pempengaruh warga Malaysia, baru-baru ini ditahan polis Taiwan, selepas pada mulanya dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan di negara itu.

ETtoday News melaporkan, pada 11 Disember lalu, Balai Polis Yuanlin di Daerah Changhua menahan seorang pempengaruh Malaysia berusia 31 tahun dengan nama keluarga yang sama dengan individu yang dilaporkan hilang itu.

Pempengaruh sosial itu didakwa bekerja sebagai keldai wang untuk sindiket penipuan ketika lawatannya ke Taiwan.

Pihak berkuasa mengesahkan, individu yang ditahan ialah orang yang sama, dikenali sebagai Hu Chang Mun, yang ditahan sejak itu.

Hu dilaporkan terbabit dalam penipuan pelaburan yang menyasarkan seorang wanita Taiwan berusia 40 tahun.

Wanita terbabit dilaporkan menjadi mangsa skim penipuan itu selepas menyertai 'platform pelaburan dengan keuntungan terjamin' di media sosial.


Dia mengalami kerugian kewangan yang besar dan membuat laporan polis selepas menyedari dirinya ditipu.

Pada 11 Disember lalu, ketika pertemuan ketiga dengan Hu untuk menyerahkan NT$2 juta (kira-kira RM276,000), polis bertindak campur tangan dan menangkapnya di tempat kejadian.

Hu yang memakai sut dan berkaca mata, kelihatan terkejut dan bingung ketika penahanannya. Pegawai terus merampas wang tunai, telefon kerja dan bukti lain yang berkaitan.

Hu mendakwa dirinya sebagai seorang pempengaruh sosial Malaysia yang melancong ke Taiwan di bawah program kemasukan tanpa visa.

Dia menyatakan yang dirinya tidak menyedari menjadi sebahagian daripada sindiket penipuan, mendakwa diberitahu yang dia boleh mendapatkan wang ketika dalam perjalanan, dengan penginapan percuma dan makanan disediakan.

Selepas disoal siasat, polis mendakwa Hu atas kesalahan penipuan, pengubahan wang haram dan pelanggaran undang-undang perbankan. Dia masih dalam tahanan sementara menunggu siasatan lanjut.

Laporan sebelum ini mendedahkan yang Hu disyaki melancong ke luar negara dengan 'lelaki misteri'. Dia menghantar mesej kepada ibu bapanya, memaklumkan mereka akan melanjutkan tempoh tinggal di luar negara, namun hilang tidak lama selepas itu.

Ibu bapanya yang amat bimbang mengadakan sidang akhbar, merayu supaya anak mereka selamat pulang.

Susulan pengesahan identiti Hu, pihak berkuasa Taiwan segera memaklumkan kepada Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 19-12-2024 01:48 PM
ambik ko
Quote Carcosa 19-12-2024 10:12 PM
Hahahha padan muka engko.
Mak bapak engko mesti kesal je, kahkahkah.
Acah2 buat press conference kengkonon kau dianiayai.
Rupanya kau yg aniaya org. Ujung2, mak bapak engko yg bukak jalan supaya kau tertangkap. Bongok punya jantan.
Quote virgocircus 19-12-2024 11:22 PM
Memalukan betul ko ni apek!!
Quote jiwasemangat 20-12-2024 09:29 AM
Biasanya org type C baik².. tak buat onar kat negara orang lain. Jarang dengar kes mereka kena tangkap atau apa² kes jenayah.
Quote miss_perfect 20-12-2024 01:35 PM
jiwasemangat: Biasanya org type C baik².. t ...


Aikkk... Lupa ke kat Jho Low?  Ke sebab dia buat jenayah kat Malaysia tapi lepas tu lari oversea tak masuk list?
Quote cmf_almondpecan 20-12-2024 01:37 PM
Bodoh apek ni.
Quote Belibis 20-12-2024 02:33 PM
jiwasemangat replied at 20-12-2024 09:29 AM
Biasanya org type C baik².. tak buat onar kat negara orang lain. Jarang dengar kes mereka kena tang ...

Harap menteri pelancongan dapat tolong dia.
Quote Skuau 20-12-2024 02:49 PM
Belibis replied at 20-12-2024 02:33 PM
Harap menteri pelancongan dapat tolong dia.

wa antalamangsa maaa..mana negala wa manyak musar maaaa......-mintulu mali lor
Quote imthegirl 20-12-2024 05:14 PM
boleh je polis taiwan tangkap geng geng scammer ni ye
Quote clueless_gamer 21-12-2024 05:34 AM
bila dah susah barulah nak mengaku msian.. pigidahhhhhh
Quote makneng 21-12-2024 10:32 AM
Padan muka haha
Quote dua_chzy 21-12-2024 10:51 AM
Tengok kat Taiwan senang2 je scammer ni kena tangkap.

APESAL DI NEGARAKUKU INI SUSAH SANGAT TANGKAP SCAMMER???!!!!
Quote missnina 21-12-2024 03:30 PM
Mantap betul polis Taiwan buat kerja.
Harapnya polis2 kita boleh jugak lah lawan scammer yang makin berleluasa
Quote ashilalat 21-12-2024 11:08 PM
dua_chzy replied at 21-12-2024 10:51 AM
Tengok kat Taiwan senang2 je scammer ni kena tangkap.

APESAL DI NEGARAKUKU INI SUSAH SANGAT TANGKAP ...

Kat malaysia scammer lg cerdik, mintak mangsa sendiri pindah duit online tanpa berjumpa.

Kat taiwan ni cam bongok sikit je, siap pegi jumpa org nak serah/ambik duit. Senang naw la nak tangkap.

So nampak tak tahap iq antara org malaysia dan taiwan? Kih kih kih.
Quote sharlenetexas 21-12-2024 11:21 PM
Kaya ke heols n

Quote dua_chzy 22-12-2024 08:00 AM
ashilalat replied at 21-12-2024 03:08 PM
Kat malaysia scammer lg cerdik, mintak mangsa sendiri pindah duit online tanpa berjumpa.

Kat taiw ...

Kot la scammer macam Ady Kanna, Bidacoing, ntah sepa2 lagik ntah, oh, scammer terulung Jolow tu pun boleh lepasssss bebasssss

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.262721 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top