CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rosmah lepas bebas 17 pertuduhan ubah wang haram, LHDN

19-12-2024 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10473| Komen: 40

 


KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7.09 juta dan lima kesalahan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim K. Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah 73, untuk membatalkan kesemua 17 pertuduhan itu.

Sebelum ini, pasukan pembelaan menghujahkan, pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi Rosmah adalah cacat dan mengelirukan kerana tidak mendedahkan siri transaksi atau pergerakan wang ke dalam akaun beliau.

Selain itu pihak pembelaan turut memaklumkan pertuduhan-pertuduhan juga kabur kerana tidak menyatakan apa aktiviti haram atau kesalahan predikat daripada mana hasil dikatakan telah diperoleh.

Rosmah dibicarakan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN antara 2013 dan 2018.


Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) AMLATFPUAA 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, Rosmah didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018.

Rosmah didakwa gagal melakukannya seperti mana yang diperuntukkan oleh Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan tiada sebab munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 19-12-2024 02:05 PM
Bekeng muka kak mah.

Can i advise you something?
Quote missyL 19-12-2024 02:16 PM
Seriau tgok muka bik mama
Quote kemaruk 19-12-2024 02:19 PM
Ingatkan nak mintak maaf kat kak mah selepas fitnah macam2

Rupanya makin kencang menghina

Itulah manusia....

Hmmm
Quote virgocircus 19-12-2024 02:22 PM
Lihatlahh doniaaaaa!!! Gitu kata kak mah.
Quote kemaruk 19-12-2024 02:28 PM
Macam di kejiranan bangkem ni pon ada satu family ni jadi bahan gosipan dan hencapan penduduk kat sini.. katalah family tu family A..

Satu hari bangkem terdengar bini bangkem bergosip dengan jiran2 lain.. wowww menakutkan sis.. macam2 dorang tuduh family A ni.. dorang kata isternya kerja pelacur lah, suami jual dadah lah.. anaknya down sindrom lah

Semata mata kerana family A tu beli x7 dan agak sombong orangnya
Quote kemaruk 19-12-2024 02:38 PM
Mungkin menurut kepercayaan acik2, adalah halal untuk menghencap menghina dan memfitnah seseorang itu kalau kita benci sama dia..

Sama ada kebencian itu berasas atau tidak, itu belakang kira.. janji puas hati..

Quote kemaruk 19-12-2024 02:45 PM
Kebenaran menerjah jua akhirnyaaaaaagituuu oooh lala..

Hidup KAK MAH!
Quote AbukRokok 19-12-2024 03:53 PM
musuh ketat batman
Quote rashiman 19-12-2024 06:22 PM
kemaruk replied at 19-12-2024 02:38 PM
Mungkin menurut kepercayaan acik2, adalah halal untuk menghencap menghina dan memfitnah seseorang it ...

Mereka nie termakan hasutan, mudah diperdaya...
Quote stingerbumpy 19-12-2024 07:00 PM
kemaruk replied at 19-12-2024 02:38 PM
Mungkin menurut kepercayaan acik2, adalah halal untuk menghencap menghina dan memfitnah seseorang it ...

Ada Berapa kes lagi yg masih pending kimakruk?
Quote MissYouSayang 19-12-2024 07:40 PM
Cian nek mah selama ni buta2 je kena fitnah dgn walanon apoooo
Quote kemaruk 19-12-2024 07:59 PM
stingerbumpy replied at 19-12-2024 07:00 PM
Ada Berapa kes lagi yg masih pending kimakruk?

Wak jahit punya kes ke?
Quote stingerbumpy 19-12-2024 08:02 PM
kemaruk replied at 19-12-2024 07:59 PM
Wak jahit punya kes ke?


The school solar panel case dah settle keww?

Quote ifanonline 19-12-2024 08:03 PM
kelemahan di pihak kerajaan
Quote otai_g 19-12-2024 09:19 PM
X heran lah. Biasa je ni. 47 Kes pun blh suci, apatah lg 17
Quote kemaruk 19-12-2024 09:21 PM
stingerbumpy replied at 19-12-2024 08:02 PM
The school solar panel case dah settle keww?

Kes altantuya c4 tu ke? Atau menabung dari kecil? Atau rosmah owner grab?
Quote matamata 19-12-2024 09:48 PM
Kalau baca ringkasan hujah kat post asal tu nampak macam sepatutnya takda kes pun...semua berdasarkan dakwaan/ spekulasi
ka macam mana?
Quote Decaffeinated 19-12-2024 10:05 PM
Kesalahan Rosmah ni sebab jadi PM tanpa disuruh ja tapi takde pula akta nak dakwa. Lepas ni dok diam2 jaga Jibun sudah tak payah beria2 nak set rambut lagi.
Quote nonymous 20-12-2024 05:19 AM
mcm wak jaid yg byk kes ending lepas bebas.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.158395 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top