Perkongsian berita gembira, kehamilan atau kelahiran cahaya mata sememangnya mudah menangkap perhatian. Sebak dan gembira bercampur-campur. Situasi sama berlaku kepada pelakon, Elisya Sandha saat berkongsi berita kehamilan keduanya dengan ahli keluarga. Paling comel, aksi ibu mentuanya juga pelakon serta penerbit, Sheila Rusly ternganga dan melompat kegirangan saat diberitahu tentang keadaan menantu kesayangan itu kembali berbadan dua. Reaksi Sheila yang menitiskan air mata kegembiraan sebelum memeluk Elisya menjadi perhatian pengikutnya. Terdahulu, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 25, mendedahkan status terbaharunya menerusi satu hantaran dalam Instagram dengan menyatakan puteri sulungnya bakal bergelar kakak. “Syukur untuk rezeki yang terbesar dalam hidup. Terima kasih atas doa semua. “Bunga (anak sulung) nak jadi kakak dah,” tulis adik pelakon Fasha Sandha itu.
Pelakon filem Rasuk itu juga memuat naik video yang memperlihatkan suaminya, Uzair Haqimy, tidak dapat menahan sebak sebaik melihat keputusan ujian kehamilan tersebut. Detik berharga itu disusuli pelukan mesra pasangan terbabit bersama anak sulung mereka, Bunga Elhaq. Di hujung video, Elisya turut berkongsi gambar imbasan kandungannya yang kini sudah memasuki 12 minggu, enam hari. Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021 dan dikurniakan Bunga Elhaq yang kini berusia dua tahun. Sumber : Kosmo, mstar |
zeetot replied at 19-12-2024 01:59 PM
Bestnya. Iols teringin nak tambah. Tapi support system takde. Plus next year banyak concert nak atre ...
Barebow77 replied at 19-12-2024 01:54 PM
Kenapa aiol rasa Jennah Nik akan lebih down dengar story nie..agak2 cyst kembang idong tak sambil da ...
tapirbiru replied at 19-12-2024 01:33 PM
next...x minat famili ni
JiEunTak replied at 19-12-2024 03:04 PM
suka tgk laki nya si elisha ni....
nampak mcm family man sgt2....
bunga pun comelll wpun mengikut m ...
clarizsa replied at 19-12-2024 07:14 AM
baka indon , mualaf baru convert hr tu .. pasti sis bawa bakal menantu jalan2 balik kg kt indon , ...
clarizsa replied at 19-12-2024 03:14 PM
baka indon , mualaf baru convert hr tu .. pasti sis bawa bakal menantu jalan2 balik kg kt indon , ...
ADVERTISEMENT