CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia

19-12-2024 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15465| Komen: 51|Original author: doubleA

 


KUALA LUMPUR: Pelakon Lan Zailan meninggal dunia akibat kanser pankreas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pada 4.20 pagi tadi, pada usia 66 tahun.

Berita pemergian Allahyarham, yang nama sebenarnya Zailan Kamarudin, disahkan oleh anak perempuannya Fariza Zailan, ketika dihubungi BERNAMA.

"Pada awalnya, ayah dimasukkan ke PPUM kerana mengalami masalah batuk sebelum didiagnosis menghidap kanser pankreas tahap empat pada 27 Nov lepas.

"Kanser itu kemudiannya merebak ke organ lain, antaranya hati dan paru-paru," katanya.

Menurut Fariza, jenazah akan dimandi dan dikafankan di PPUM sebelum dibawa ke Masjid As-Salam Puchong Perdana untuk disolatkan dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Ruby Sara Omar, dan lima anak.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Hafiz Nafiah berkata industri kreatif negara kehilangan seorang pelakon yang sangat berbakat.


“Kepimpinan tertinggi dan barisan exco Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah, dan kami mendoakan agar arwah ditempatkan di syurga,” katanya dalam kenyataan.

Allahyarham Lan Zailan banyak membintangi drama dan filem sejak 1980 dan telah berlakon dalam lebih 10 filem serta puluhan drama dan telefilem, antaranya Santan Berlada, Rumah Kedai, Kisah Benar, dan Gerak Khas.

Sumber : BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuMNdia 19-12-2024 10:34 AM
Innalillilah
Quote Cassieopeia 19-12-2024 10:49 AM
innalillahiwainnailaihirojiun, al fatihah
Quote malarky 19-12-2024 10:58 AM
arwah ni dulu aktif jugak dalam bola sepak
Quote Noraniza_Iblis 19-12-2024 11:01 AM
salah sorg pelakon spektra
Quote Noraniza_Iblis 19-12-2024 11:01 AM
salah sorg pelakon spektra
Quote azalia72 19-12-2024 11:05 AM
Innalillahiwainnailaihirojiuun
Quote Incanto 19-12-2024 11:11 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote telracs 19-12-2024 11:17 AM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote dubuk 19-12-2024 11:23 AM
 إنا لله وإنا إليه راجعون
Quote tri-max 19-12-2024 11:27 AM

إنا لله وإنا إليه راجعون

patut da lama tak nampak dia berlakon
sakit kanser rupanya
Quote MelahJanda 19-12-2024 11:32 AM
inna lillah wa inna ilaihi rojiun
Quote asamfish 19-12-2024 11:33 AM
innalillahiwainnailaihirojiun.  allahummaghfirlahu warhamhu waafihi waafuanhu.
Quote Barebow77 19-12-2024 11:39 AM
Al Fatihah untuk arwah..muka sebijik arwah sepupu tapi version muda..arwah sepupu meninggal atas pokok yang ditebang..tergelincir dari dahan and somehow paha tertusuk dahan..bleeding to death sementara nak tunggu bomba datang..dah 5 tahun berlalu..
Quote liyamariska 19-12-2024 11:39 AM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote prettyuglybabe 19-12-2024 12:02 PM
takziah..
Quote kuzaime 19-12-2024 12:10 PM
إنا لله وإنا إليه راجعون
Salam takziah buat keluarga.
Quote sfrnna 19-12-2024 12:13 PM
Takziah buat kluarga. Cepat betul ya cancer dia merebak.
Quote KirazMevsimi 19-12-2024 12:20 PM
innalillahiwainnailaihirojiun. salam takziah. pelakon senior
Quote Rogue98 19-12-2024 12:24 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun..semoga arwah berada dalam kalangan orang yang beriman...Aminn

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.080933 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top