Pada bulan lepas, Sunway Lagoon telah melancarkan permainan air terbesar di dunia yang dinamakan Vuvuzela. Kami telah berkesempatan untuk mencuba permainan baru ini dan ternyata ianya sangat best! Permainan baru ini sebenar 3,360meter dan ianya setinggi 30 meter dan permainan air Vuvuzela akan menjunam anda melalui terowong yang menjangkau 152 meter, dimana direka khas untuk menyerupai jeram di sungai yang bergelora, sebelum anda jatuh ke dalam corong air yang terbesar di dunia sebesar 22 meter dengan garis pusat 4 meter di atas tanah. Bagi mereka yang ingin merasakan pengalaman bagaimana jatuh dengan graviti 0, anda bolehlah mencuba permainan ini. Berhenti jantung sekejap dek terkejut! Permainan ini dilengkapi dengan lif sendiri, yang mengambil bot sehingga ke dek pelancaran. Bot yang boleh memuatkan 6 orang penumpang ini akan membawa pengunjung yang ingin merasakan pengalaman berbeza semasa beriadah bersama keluarga di sini. Pada malam hari pula, para pengunjung pasti akan terpesona dengan cahaya lampu LED berwarna-warni dari Vuvuzela ini. Untuk mencuba permainan ini, pengunjung harus mempunyai ketinggian minimum 110cm dan setiap bot boleh memuatkan penumpang yang mempunyai berat terkumpul 454kg. Bagi mereka yang inginkan gambar kenangan semasa menaiki permainan Vuvuzela, jangan khuatir kerana terdapat kamera dan juga audio disertakan di skrin video berdekatan permainan ini.
|
5
Bagus |
5
Marah |
9
Terkejut |
12
Sedih |
15
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT