CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tahun Ini Banyak Buka Mata Saya…” – Kaka Azraff Enggan Diselubungi Kisah Sedih, Berjinak-Jinak Tulis Lirik Lagu

18-12-2024 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41379| Komen: 1

 


Penyanyi, Kaka Azraff memaklumkan dia mahu mencabar dirinya dengan cuba untuk menulis lirik lagu dan mengekspresikan perasaannya melalui muzik.

Kaka berkata dia kini merancang untuk tampil dengan album baharu pada tahun 2025 dan akan lebih mencurahkan perasaannya menerusi lagu-lagu yang dihasilkan.

"Untuk album kali ini akan ada lima lagu baharu dan saya akan bekerjasama dengan beberapa komposer seperti Sona One dan beberapa lagi yang masih belum confirm.
 
"Kerana saya nak lebih dekat dengan lagu itu dan kebanyakan lagu itu akan lebih kepada penceritaan diri saya."
 
"Setakat ini ada tiga lagu yang Kaka tulis sendiri tapi bukan sepenuhnya sebab saya masih baru, jadi ada bantuan daripada yang lain. Kaka masih perlukan tunjuk ajar daripada yang arif."

Menurut Astro Gempak, penyanyi itu enggan dibayangi kisah kontroversi rumah tangga dan dia tidak mahu terus bersedih.


Ujarnya lagi, dia mahu memastikan dirinya sentiasa sibuk dengan urusan kerja.

"Saya rasa hidup ni kita kena bersyukur sahaja kerana saya perlu hidup positif untuk majukan diri sendiri."
 
"Jadi apa yang saya fikir sekarang ini adalah anak-anak dan nak belajar untuk menulis lirik lagu dengan lebih banyak lagi. Hidup ni kalau kita sentiasa positif mesti yang baik-baik sahaja."

 
Kaka turut menyifatkan tahun 2024 ini sebagai tahun yang membuka matanya untuk lebih mengenali diri sendiri.

"Tahun ni banyak buka mata saya supaya muhasabah diri. Saya melihat apa yang berlaku itu dengan lebih meluas terutamanya dari segi diri sendiri, kerjaya, keluarga dan kehidupan."

Sumber – Astro Gempak, Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 18-12-2024 06:03 PM
Love yourself first. Suara sedap semoga lebih berjaya. Ex husb heols sakit mental kan tak ingat bipolar ke skizo dah sherai ni fokus pada diri dan anak2

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.029042 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top