CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki ikat leher heret kucing guna tali didenda RM10,000

18-12-2024 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9695| Komen: 16



Kuala Lumpur: Lelaki yang tular mengheret kucing peliharaannya secara paksa dengan mengikat leher haiwan itu menggunakan tali didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhi hukuman itu terhadap Goh Kuan Pan, 43, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Goh didakwa dengan tidak wajar mengheret seekor kucing baka British Short Hair (BSH) berwarna kelabu di atas lantai dengan menggunakan seutas tali berwarna merah jambu yang membenarkan penderitaan tidak perlu terhadap kucing itu.

Kesalahan didakwa dilakukan di koridor sebuah kondominium di Jalan Klang Lama, di sini, antara 11.17 malam hingga 11.42 malam pada 21 November lalu.

Goh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) Akta Binatang (Pindaan) 2013 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Syed Hilfi Syed Ali yang mengendalikan kes memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap OKS.

"OKS boleh mengangkat kucing itu jika ia tidak mahu berjalan. Pihak pendakwaan mohon untuk kucing dilucut hak kepada JPV sehingga berjumpa pemilik baharu yang sesuai menjaga kucing terbabit," katanya.

Sementara itu, peguam Gabriel Susayan yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan memerintahkan OKS dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pada masa sama, mahkamah turut memerintahkan kucing yang dinamakan 'Yuan' diletakkan bawah jagaan selamat JPV Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga menerima permohonan semula oleh OKS atau penjaga baharu yang dipersetujui.

Tertuduh membayar denda berkenaan.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Persatuan Haiwan Malaysia memohon saksi utama yang merakam kejadian tampil membuat laporan polis supaya Sistem Keadilan Jenayah Haiwan dapat dijalankan dengan baik.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian selepas tular rakaman video berdurasi sembilan saat dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok.

Rakaman video berkenaan memaparkan seorang lelaki menganiaya seekor kucing dengan menariknya menggunakan tali yang diikat pada leher haiwan itu.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menahan suspek di kediamannya. 

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 18-12-2024 03:11 PM
kalau takut kena heret kuching, tinggal dalam gua je la
Quote Decaffeinated 18-12-2024 03:21 PM
Kucing ni manja bersebab biasanya nak minta makan waktu lain lu sapa katanya. Jangan harap lah suruh masuk dia masuk.

Lain kali kalau nak main heret ikat2 tengkuk, sila bela kambing.
Quote airmineral 18-12-2024 03:45 PM
gile la org ni
Quote delsmomm 18-12-2024 04:08 PM
lohh.. kucing baka elok pom dilayan gini..
ingat kucen bifoti diheret2 gitu..
Quote edayildiz 18-12-2024 04:19 PM
ni yg kucing black terkening tu kn..
awat asal dera kucing atau anjing mesti type c..
tp manager i type c syg sgt kucing dan anjing..dia selalu tlg kucing...kucing i pun dia yg slmtkn masa sblm i adopt..
Quote edayildiz 18-12-2024 04:20 PM
Decaffeinated replied at 18-12-2024 03:21 PM
Kucing ni manja bersebab biasanya nak minta makan waktu lain lu sapa katanya. Jangan harap lah suruh ...

salah asuhan mmg la kucing tu buat dek je
Quote prettyuglybabe 18-12-2024 04:26 PM
prc ke letak nama kucing dia yuan?
Quote Kitty_catz 18-12-2024 05:08 PM
acer ikat leher dia pulak dan heret
Quote shamsadis 18-12-2024 05:13 PM
sia2 ada rekod jenayah
Quote makneng 18-12-2024 06:19 PM
Chebye punya apek! Kasi potong gugubed dia biar x membiak!
Quote slyfynx 18-12-2024 07:25 PM
Patut ikat leher die ngn kaki die
Pastu satu ikat kt tiang, satu lg kt kete yang gerak slow2
Quote talia 18-12-2024 08:11 PM
Bg kat i jer la kucing tu

Hanat punya manusia ni
Quote mrsLucky 19-12-2024 03:50 AM
padan muka...i yang tak suka kucing pon tak sampai hati nak buli kucing..

anak i suka adopt kitten yang di  buang... dari nak mati jadi kucing comel...tapi tak sedar diri belagak queen...makan nak yang mahal...

nak belai2 pon kena merayu..kalau mood tak baik kita dikena gigit atau garu..
Quote nisako 19-12-2024 08:18 AM
PADAN MUKA
Quote Ujang17 19-12-2024 08:34 AM
Ikat leher dia lepas tu tarik macam dia buat pada kucing tu
Quote mamajawie 19-12-2024 11:11 PM
bdoonyee kucing baka mahal pun dibuat cam kain buruk..dah la letak nama PRC yuan

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.055216 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top