MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, telah memuat naik semula gambar sekumpulan individu, salah seorang daripadanya adalah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang dilihat merokok di sebuah kedai makan. "Saya berpegang kepada prinsip bahawa tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang," ciap Dzulkefly pada Isnin (16 Disember), merujuk kepada Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024. Namun, beliau tidak menyatakan tindakan yang akan diambil terhadap individu yang dilihat merokok dalam gambar tersebut. Peraturan 11 di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 menyatakan bahawa sesiapa yang didapati bersalah merokok di kawasan larangan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun. Mohamad turut memuat naik beberapa gambar di Facebook Ahad (15 Disember) yang diambil di lokasi sama, dengan menyatakan bahawa beliau sedang minum teh di sebuah kedai kopi di Rantau. Sumber — Majoriti |
ADVERTISEMENT