CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RUU Kebebasan Maklumat dibentang di Parlimen tahun depan - PMX

18-12-2024 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6070| Komen: 0

 


KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat akan dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata cadangan dasar bagi penggubalan RUU berkenaan dibincangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN), semalam.

Mesyuarat bersetuju supaya RUU ini dibentangkan di Parlimen pada 2025 dengan matlamat meningkatkan ketelusan dalam perkhidmatan awam dan memastikan hak individu untuk mengakses maklumat yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan terjamin serta terpelihara di sisi undang-undang, kata beliau.

Anwar berkata, mesyuarat itu turut mengambil maklum tentang penubuhan Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara.

Beliau berkata langkah itu diambil untuk menambah baik imej dan persepsi negara berhubung tatakelola baik sektor awam di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan pelabur asing.


Kerajaan bertekad untuk terus memperkukuhkan agenda tatakelola baik negara, meningkatkan integriti, dan memerangi rasuah, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, katanya.

Sumber – BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.069822 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top