CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Program Tahfiz Model Ulul Albab akan terus diperkukuhkan - Fadhlina Sidek

18-12-2024 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6089| Komen: 0


 


ARAU: Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) akan terus diperkukuhkan agar selaras dengan pendekatan baharu yang akan diperkenalkan Kementerian Pendidikan dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ini termasuk memberikan penekanan kepada kepakaran guru yang mengikuti program ini bagi menghasilkan pelajar cemerlang dalam pengajian al-Quran dan hadis serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

"Pemerkasaan TMUA dalam Kurikulum 2027 ini nanti adalah sebagai suatu pengukuhan dimana kita akan melihat kepada soal menambah keperluan tertentu disebabkan permintaan yang sangat tinggi dalam pelaksanaan TMUA ini.

"Dalam masa sama juga, kita sedang melihat bagaimana kita boleh memperkasakan guru sebenarnya kerana guru mengikuti modul TMUA ini mempunyai kepakaran tertentu yang mesti diberikan fokus supaya ia dapat memberikan tumpuan kepada pelajar mengikuti modul berkenaan," katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan bangunan tambahan asrama TMUA dan kemudahan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau, di sini sempena Program Ziarah Madani Zon Utara 2024 di sini, hari ini.

Bangunan dua blok baharu ini siap dibina pada Oktober lalu dengan kos RM19 juta. Ia mempunyai kemudahan asrama pelajar, dewan makan, bilik Tasmi' (hafaz), surau, tandas, pejabat warden, rumah warden, bilik utiliti dan kemudahan lain.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata selain pengajian hafazan al-Quran, kerajaan juga mahu penekanan terhadap pengajian STEM yang menjadi sebahagian daripada silibus TMUA.

Katanya, Kurikulum Pendidikan Kebangsaan di sekolah yang menjalankan TMUA ini adalah sama seperti sekolah biasa cuma ia ada program khas memberi tumpuan lebih terutamanya kepada program hafazan al-Quran.

"Kita belum lagi meluaskan program TMUA kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebaliknya memberikan tumpuan kepada STEM dan TMUA sahaja.

"Ini kerana pada dasarnya tujuan TMUA ini adalah untuk menghasilkan ulama dan umarak dimana ulama ini berdasarkan hafazannya dan umarak pula berlandaskan kepada penguasaan mereka terhadap STEM.

"Secara keseluruhannya, kita mahu sekolah yang mempunyai program TMUA dan STEM ini menjadi pilihan ibu bapa di seluruh negara," katanya

Fadhlina berkata, sehingga tahun ini terdapat 15 sekolah di seluruh negara yang menjalankan program TMUA termasuk SMKA Arau dan pihaknya akan mempertimbangkan untuk memperluaskan program ini ke sekolah agama yang lain.

"Selepas sedekad pelaksanaan TMUA ini, kita sudah menghasilkan lebih 7,000 hufaz al-Quran di luar sana yang memberi maksud bahawa program TMUA ini memberi impak kepada negara," katanya.

Sehingga kini terdapat 15,385 pelajar yang mengikuti program TMUA di seluruh negara.

Sumber – BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.035525 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top