CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KKM perlu wujud tabung khas bantu waris selesai urusan tuntut jenazah - EXCO Selangor

18-12-2024 08:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6808| Komen: 7

 


SHAH ALAM: Tabung kecemasan atau dana khas perlu diwujudkan bagi membantu waris yang tidak berkemampuan membiayai bil tuntutan pengurusan jenazah termasuk di hospital swasta, kata EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari.

Anfaal berkata cadangan yang akan dikemukakan untuk pertimbangan Kementerian Kesihatan (KKM) itu antara lain bagi mempercepatkan pelepasan berkaitan tuntutan pengurusan jenazah.

Beliau berkata cadangan itu juga bagi mengelakkan insiden bayi "ditahan" dalam peti sejuk seperti yang berlaku baru-baru ini berulang.

"Kita akan mengusulkan kepada KKM untuk buat dasar itu termasuk wujudkan satu tabung atau dana khas yang boleh diberikan kepada penerima bantuan khususnya waris dalam kes-kes berkenaan.

"Langkah ini juga adalah fardu kifayah kepada umat Islam khususnya dalam mempercepatkan pengurusan jenazah selepas berlakunya kematian," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Future Laboratory Sdn Bhd (FutureLab) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

MoU itu bagi tujuan pelaksanaan Program "Mentorship Strivers' Hub" yang bermula pada Nov 2024 hingga Dis 2026, iaitu program bimbingan untuk membantu 1,200 usahawan wanita di seluruh Selangor dalam meningkatkan kemahiran serta pendapatan dalam jualan.

Anfaal berkata beliau juga akan mengusulkan perkara sama kepada pengurusan zakat di negeri Selangor bagi melakukan perkara yang sama.

Mengulas perkembangan kes dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil, beliau berkata kerajaan negeri masih menunggu maklumat sahih daripada siasatan polis dan KKM sebelum tindakan lanjut diberikan.

Beliau berkata kedua-dua pihak iaitu waris dan hospital mempunyai hujah masing-masing, dan pihaknya akan memastikan semua hasil siasatan itu tepat sebelum mengambil tindakan seperti kaunseling.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial kisah jenazah bayi lelaki yang didakwa ditahan dan disimpan dalam peti sejuk mayat selama dua minggu oleh sebuah hospital swasta selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar bil. – BERNAMA


Sumber – BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 18-12-2024 09:11 AM
Ini lah bila cikki cikki feeling nak jadi exco lah, wakil rakyat lah, acah2 woke & berotak, walhal statement pun ride isu semasa... TAK BUAT HOMEWORK ke nok???? KKM & setiap hospital kerajaan dah lamaaaaaa ada Jabatan Sosial & Kebajikan....yang mana tak mampu bayar bil, beli spare part atau ubat bukan stok kerajaan, hospital selalu advise mohon kat Jabatan Sosial ni.....then mereka akan guide untuk mohon bantuan baitumal/JKM..... bukannya hospital yang tolong buat tabung pulak...satu kerja pulak nak manage tabung, dengan masalah tak cukup staff lagi, masalah doktor kontrak lagi... cukup la bebankan KKM nok...macam2 kau nak memintak ye....
Quote Samerosie 18-12-2024 09:30 AM
Dah kenapa pula yg kat hospital swasta pun kena.  Masuk2 dah tentu derang mintak deposit dulu kurang2 pun 3k tengok sakit apa kalau tak de GL.  Yg hospital kerajaan dah memang ada kut.  Yg kes ni sebab mak pak bengong.
Quote kakikuDibibirmu 18-12-2024 09:32 AM
Perbadanan Tabung Tanam Mayat Nasional tersenyum sinis
Quote missyL 18-12-2024 09:45 AM
Maaf la aku sus ngn bapak baby tu
Bkn bermakna aku sokong beku baby
Tp ko bini mengandung 9 bln sekali pn ko xbawak pg cek
Guna apps pale hotak mu
Pastu pg plk klinik swasta mase sakit
Gov dkt je
Jiran yg di katakan anta tu wujud ke idok

Bottom line ko bapak yg cuai.

Quote MelahJanda 18-12-2024 09:52 AM
tak setuju anfaal....apa mende ko cadang niiii
Quote Thunderclouds 18-12-2024 11:15 AM
Adoyai mulayu.
Dr lahir ke doniya sampai katop mata gomen nk kena pikir urusan kau.
Quote sayurmayur88 18-12-2024 11:28 AM
semua bende nak di uruskan gomen, susah la..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.040467 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top