CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Masa lahir tak bernafas 8 saat, oksigen lambat sampai otak’ - Shuib

18-12-2024 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7765| Komen: 5

 


Pelawak dan usahawan Shuib menjelaskan tangan kanan anak bongsunya dengan Allahyarham Siti Sarah iaitu Ayash Affan kurang berfungsi disebabkan dilahirkan tidak cukup bulan.

Menyedari ramai yang bertanya, Shuib, 40, berkata, selain tidak cukup bulan, Ayash yang kini berusia empat tahun juga tidak bernafas selama lapan saat ketika dilahirkan.

“Ramai yang bertanya tentang keadaan tangan kanan Ayash ini, sebenarnya disebabkan dia dilahirkan tidak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib.

“Doktor yang sambut ketika Ayash dilahirkan beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru.

“Disebabkan itu, oksigen lambat sampai otak selain ada kesan calar di belakang otak, jadi pada awalnya sebelah tangan tidak begitu berfungsi,” katanya salam siaran langsung TikTok.

Tambahnya, hal tersebut turut memberi kesan kepada pergerakan Ayash termasuk caranya berjalan namun bersyukur anaknya semakin menunjukkan perkembangan yang positif.


“Alhamdulillah, sekarang tangan kanan dia sudah kerap bergerak. Dulu tangan dia asyik genggam sekarang sudah mula terbuka sedikit.

“Masa usia dua tahun pun, cara berjalan dia agak senget ke sebelah kanan.

“Walaupun dilahirkan tak cukup bulan, Ayash memiliki otak yang sangat bijak dan sangat tidak menyusahkan,” katanya lagi.

Sebelum ini, ramai kerap bertanya tentang keadaan tangan kanan Ayash kerana sering dilihat menggenggam jarinya.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah terpaksa menjalani pembedahan bagi melahirkan bayi selepas ditidurkan kerana tahap oksigen rendah akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote debab_78 18-12-2024 08:20 AM
laaa tak perasan pula sbb selalu juga tgk live soib.. semoga ayash cepat sembuh yer
Quote misszazaz 18-12-2024 09:05 AM
Alhamdulillah ayash getting better
Quote nazzse 18-12-2024 09:26 AM
Get well soon Ayash, anak syurga ni ..

wlpon x suka bapak dia, tpi bagus jgk la bab jaga anak2
Quote melinda_kerr 18-12-2024 09:57 AM
suka tgk budak ni... comel.
Quote Kancilkering 18-12-2024 11:31 AM
banyak buat therapy …..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.038529 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top