KUALA LUMPUR – Seorang wanita China didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya di sebuah restoran di ibu negara bulan lalu. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Yang Yahong, 34, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Illi Mariqsa Khalizzan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Wanita itu didakwa membunuh juruwang warganegara sama, Zhang Wei, 49, di Restoran Sichuan Zi Yi Hao, Sunway Velocity, Cheras pada pukul 4.30 petang, 29 November lalu. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan tidak kurang 12 kali sebatan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syafika Azwa Fikri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 12 Februari 2025 bagi sebutan semula kes kes.
Pada 29 November lalu, seorang juruwang warga China maut dipercayai ditikam beberapa kali di sebuah pusat beli-belah di Cheras. Dalam kejadian antara pukul 3 dan 4 petang itu, mangsa yang berusia 49 tahun itu dipercayai ditikam kira-kira tiga hingga empat kali. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan pada paru-paru sebelah kiri dan pendarahan. Sumber – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT