CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ada mak cik yang terus cium dahi, cium pipi lepas itu jalan tanpa berkata apa-apa” - Ayda Jebat

17-12-2024 10:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26767| Komen: 3

 


Bersyukur disayangi ramai dan masih peminat setia, penyanyi juga pelakon Ayda Jebat bagaimanapun keliru memikirkan sikap segelintir individu setiap kali disapa dengan pelik, khususnya ketika berada di tempat umum.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 32, berkata, dia sering bungkam atau termenung sendirian dengan pendekatan peminat terhadap dirinya.

“Ragam orang lain-lain kan. Kebelakangan ini, saya asyik terkedu bila keluar. Ada yang tepuk bahu daripada belakang untuk bergambar. Ada yang terus depan muka ambil gambar.

“Ada mak cik yang terus cium dahi, cium pipi lepas itu jalan tanpa berkata apa-apa,” kongsinya menerusi laman sosial.


Dalam hantaran sama penyanyi Memerang itu turut meminta pandangan pengikutnya sama ada tindakan dilakukan peminat termasuk menciumnya sebagai normal.

Bahkan Ayda juga meminta pendapat ramai sekiranya masih berdepan situasi sama.

“Nak buat apa kalau macam ini? Okay ke tak?” ulasnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai saranan bagi memastikan peminat lebih berhemah selain tidak melakukan sentuhan.

Ada pengikut yang mengesyorkan isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu menggunakan khidmat pengawal peribadi demi menjaga keselamatan diri dan keluarga.

“Upah ‘bodyguard’ untuk keselamatan kerana bukan semua orang beradab,” kata netizen.

“Kasihan Ayda, dia pun mahu hidup macam orang biasa. Apa salahnya guna bahasa elok,” tulis seorang pengikutnya.

“Kalau tegur mesti Ayda pula dimarah. Kenalah hormat privasi. Bawa ‘bodyguard’ dikata pula mengada,” ujar pemilik akaun lain.

Sepanjang berada dalam industri seni bermula pada 2011, ibu kepada dua anak itu antara selebriti yang mudah didekati serta mesra melayani peminat. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 18-12-2024 09:03 AM
giler lah acik pemenat mcm tu. ada ke main cium2 pipi org. tho org tu retis. dah ler musim penyakit berjangkit skrg byk. ish.
Quote prince_marhaen 18-12-2024 09:20 AM
mungkin makcik tu ingat kau pelakon zaman dia kot --- Rosnah Mat Aris...
Quote red_velvet 18-12-2024 09:23 AM
Makcik tu ingat ko kawan lama dia yang nama rosnah mat aris .. Dia rindu la tu nak chill together macam zaman muda

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.036257 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top