CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Che Ta tak setuju kes jenayah selebriti disebarkan - “Penting sangat ke nak sebar aib orang macam ini?"

17-12-2024 09:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 40699| Komen: 81

 


Meluahkan rasa tidak puas hati, pelakon Rozita Che Wan menyelar penyebaran berita berhubung pelawak lelaki yang ditahan akibat penyalahgunaan dadah.

Kata Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 51, perkara tersebut tidak perlu disebarkan melainkan untuk pengetahuan pihak berkuasa  sahaja.

“Penting sangat ke nak sebar aib orang macam ini?

“Kenyataan ini cuma untuk pengetahuan polis je kot,” katanya dalam sebuah ruangan komen.

Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Kiah Pekasam itu.

“Penting sebab dia selebriti, banyak peminat. Takut nanti ramai yang jadi penagih bila berkawan dengan orang macam ini,” kata netizen.

“Ramai lagi orang tak faham antara aib dan jenayah,” ujar pengikut.

“Wah, orang biasa boleh tak mungkin selebriti tidak boleh (sebarkan),” tutur netizen lain.



Sebelum ini, seorang selebriti lelaki dilaporkan ditahan bersama dedaun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram di sebuah rumah teres di Cyberjaya.

Dia ditahan selepas sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menemui dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC), namun tidak mempunyai sabitan rekod lampau. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 17-12-2024 09:31 PM
Merahnya mak ngah.

Quote Piramida 17-12-2024 09:35 PM
Penting....
Kan artis suka cakap kami pun sama mcm masyarakat luar sana bla bla bla.
Quote nazurah 17-12-2024 09:38 PM
Penting Che Ta oi... hidup kena seimbang dan jangan lupa bayar hutang. tak gitu?
Quote akuHavocczz 17-12-2024 09:40 PM
Cekta jangan lah mara mara” kahkah
Quote asfaz 17-12-2024 09:44 PM
Special sgt ke selebriti korang tu????
Quote slyfynx 17-12-2024 09:46 PM
So x bayar hutang leh sebar x?
Quote Nozot 17-12-2024 09:51 PM
cik ta aib n jenayah dua benda berbeza cikta... haish
Quote Hoola 17-12-2024 10:22 PM
retis adalah role model masyarakah

walaupun.......
Quote Cookeelaat 17-12-2024 10:37 PM
Eh kau, boleh pula pilih2 news apa yang nak direportkan. Kena batang hidung sendiri baru kau tau aib tak aib.
Quote Fly_over 17-12-2024 10:46 PM
IMG_3291.png

sebenarnya terciduk kain sendiri koyak rabak. padahal kalau dia yg mengepoh xpe.. dia kepoh hal rumah tangga org xpe..
Quote Nozot 17-12-2024 10:47 PM
Fly_over replied at 17-12-2024 10:46 PM
sebenarnya terciduk kain sendiri koyak rabak. padahal kalau dia yg mengepoh xpe.. dia kepoh hal ru ...

terciduk big time RSO
Quote Fly_over 17-12-2024 10:54 PM
Edited by Fly_over at 17-12-2024 10:55 PM
Nozot replied at 17-12-2024 10:47 PM
terciduk big time RSO


dia nak meniaga buat live topik borak2 dgn viewers konon2 spill the tea hal belakang tabir retis. pastu jd la viral dpt masuk berita portal murahan.. smpi sudah xbgtau sapa. semua retis kena petik. punca.
Quote Jiyongie88 17-12-2024 11:32 PM
Time ko dok gosip rumahtgga org bole plak nenek oiiii. I
Quote Nozot 17-12-2024 11:49 PM
Fly_over replied at 17-12-2024 10:54 PM
dia nak meniaga buat live topik borak2 dgn viewers konon2 spill the tea hal belakang tabir retis.  ...

yer punca semua kejadian sampai dlm forum ada benang pasal nie.. punca sangat
Quote LadyCarefree 18-12-2024 12:09 AM
Nekta umur dah lanjut muka dah layut cubalah pergi masuk kelas basic mengeja.
Quote Nurdianah 18-12-2024 12:21 AM
….sejak 2017!

IMG_8954.gif
Quote dua_chzy 18-12-2024 12:23 AM
Oh peeentiiingggggg

Lagi2 kalau seleb tu, you.
Quote cm_vungtau 18-12-2024 12:49 AM
Pedulik haper aku artis tak artis. Takat belajar kelas belakang aje kot. Dah buat salah tu, salah jelah. Pehal nak tutup2. Abih ko ingat orang baca paper untuk haper? Untuk berita positip? Memang orang baca untuk gosipan nenek oi. Ko lain la, mengeja pun tak qeti, mana pernah membaca
Quote hokeypokey 18-12-2024 12:49 AM
penting la cikta oiii kami buat modai mengumpat, hang kan suka perhatian.. baru kami tau hang ni konsep biar papa asalkan bergaya.. kami ingat hang kaya raya sbb menabung sejak lahir

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.078765 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top