CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Buat suami, sebagai isteri saya bangga dengan awak’ - Lana Nodin

17-12-2024 09:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29268| Komen: 17

 


Bersyukur menjadi tetamu Allah, pelakon Lana Nodin mengakui berbangga terhadap kesungguhan suaminya, Mohd Daud Mckenzie menyempurnakan ibadah umrah.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin, 44, pengalaman sepanjang berada di Tanah Suci Mekah bersama anak-anak mereka turut menambahkan rasa hormat terhadap teman hidupnya itu.


“Alhamdulillah, saya bangga sebagai isteri, ibu dan anak untuk suami, permata hati serta orang tua saya kerana dapat menyempurnakan umrah pertama kami sekeluarga.

“Terima kasih Allah kerana melancarkan ibadah serta barakah, menjemput kami datang dan memakbulkan doa saya.

“Terutama buat suami saya, sebagai isteri saya sangat berbangga dengan awak. Tiada perkataan dapat menggambarkan rasa gembira, sayang dan bangga saya terhadap awak,” katanya menerusi hantaran Instagram.


Dalam video dikongsikan, Lana kelihatan menangis sehingga bercucuran air mata ketika tawaf sambil memegang tangan dua anaknya.

Menerusi paparan sama, turut dikongsikan adalah semasa Daud mengandar anak lelaki mereka.

Pelakon yang sinonim dengan imej seksi sejak 2005 itu juga tidak lupa menzahirkan kesyukuran atas hidayah dikurniakan Allah kepadanya.

Menerusi ruangan komen rata-rata memberikan pujian dengan menyifatkan Lana mampu mendidik suaminya juga mualaf ke arah kehidupan mengikut jalan Allah.

“Dalam ramai artis yang berkahwin dengan mualaf, Lana bagus sebab dapat didik suami dan anak-anak. Alhamdulillah,” kata netizen.

“Indahnya hidayah Allah. Selalu akan rasa syahdu lihat mualaf bersungguh-sungguh beribadah,” tulis peminatnya.

Sebelum ini Lana mengakui sepanjang 10 tahun memeluk Islam Daud banyak bertanya dan belajar agama sehingga boleh mengajar anak mereka khususnya bersolat.

Perkahwinannya dengan pemain bola tampar asal Amerika Syarikat pada 15 Mei 2015 dikurniakan Gia Quinn Mckienzie, 8, dan William Daud Mckienzie, 5. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 17-12-2024 09:49 PM
Dalam video dikongsikan, Lana kelihatan menangis sehingga bercucuran air mata ketika tawaf sambil memegang tangan dua anaknya.

Sungguh aku x paham, sanggup tu ibadah sambil rakam2.
Lagi satu aku x paham gi kubur nangis2 tp sempat nk rakam.
Aku tgk kucing comel tepi jalan pun x terfikir nak rakam."
Pikir nak picit2 muka kucing tu dulu
Quote siasia 17-12-2024 09:52 PM
Dia ni ok2 je la kalau tak tak meroyan
Quote Whitney72 17-12-2024 09:53 PM
Konten menyucikan diri nk suruh biznez laku....tp bila balik umrah...menyeksi cam biasa, bz body hal org...tp lantak lar kan..kubur masing2

Quote sayawifenikmie 17-12-2024 10:06 PM
dia share perkara baik
tak perlu lah nak kutuk
tak salah pun dia nak rakam
as long as dia tak rakam ketika ibadah sedang dilaksanakan

nampak dia berjaya didik si daud ni
dia pun pelan2 berubah



dia pun tidak nampak berjahit phone di tangan
Quote nazriatie 17-12-2024 10:23 PM
Aku minat dgn dia ni
Quote annadonna 17-12-2024 11:08 PM
Alhamdulillah sharing mcm ni ok je. Bukan senang nak bawak org yg baru kenal islam betul betul mendekati agama.
Quote Denco 17-12-2024 11:23 PM
Alhamdulillah, tahniah Lana sbb bjaya bimbing suami. Bukan sume org mampu buat mcm ape yg dia buat, pd hal dia artis je
Quote naisyahmh 18-12-2024 01:06 AM
Alhamdulillah. Tahniah. Semoga umrah mabrur.
Quote Zeelalala 18-12-2024 03:03 AM
Aku ok je dgn dia ni kecuali kadang2 ada la buat rengsa. Tapi sbg isteri kira dia boleh lah membentuk laki dia.

Aku cuma x brp bekenan part menangis2 sambil rakam muka menangis masa di kaabah. aptb
Quote CikHasanah 18-12-2024 04:59 AM
Whitney72 replied at 17-12-2024 09:53 PM
Konten menyucikan diri nk suruh biznez laku....tp bila balik umrah...menyeksi cam biasa, bz body hal ...

Orang cantik memang macam ni agaknya.
Quote pauliza 18-12-2024 07:20 AM
Antara muallaf yg kawen dgn artis /celebrity Malaysia ni ,iols rasa laki Lana ni antara yg nampak mcm mudah dibentuk .Sesetengah artis  tu kawen dgn muallaf, diaorang yg ikut laki /bini
Quote Minami2013 18-12-2024 07:34 AM
Setuju ngan komen2 kat atas.. antara artis yg kahwin mat saleh tapi boleh bawak suami kpd agama. Walaupun dari segi betul ke tidak.. semata content je ke.. antara dia dgn Allah.
Quote noor2 18-12-2024 07:47 AM
Terbaik...
Quote ketambangkang 18-12-2024 07:58 AM
bole geng ngan Sasa 30K "my muallaf husband"
Quote pinkpunk 18-12-2024 09:08 AM
laki dia ni helok sgt..
Quote prettyuglybabe 18-12-2024 10:23 AM
alhamdulillah.. mana yang baik kita sokong..
Quote burberry99 18-12-2024 11:03 AM
sayawifenikmie replied at 17-12-2024 10:06 PM
dia share perkara baik
tak perlu lah nak kutuk
tak salah pun dia nak rakam

alhamdulillah

i can see that too

semoga istiqamah lah lana n laki dia ni


Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.161731 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top