PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui malu dengan kenyataan dikeluarkan bekas tiga anggota Kabinetnya berhubung isu Pulau Batu Puteh. Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketiga-tiga individu itu ternyata berbohong selepas mendakwa keputusan untuk tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri. “Saya rasa malu. Kerana orang ini duduk di bawah saya dulu masa dalam Kabinet saya tapi mereka membohong,” katanya ketika ditemui selepas melepaskan konvoi misi bantuan pasca banjir Kedah dan Perlis, di sini hari ini. Katanya, beliau menegaskan keputusan berkaitan Pulau Batu Puteh itu dibuat mengikut peraturan dan undang-undang serta tidak bersendirian. Dr. Mahathir berkata, pendedahan minit mesyuarat pada 23 Mei 2018 jelas menyatakan dakwaan dibuat tiga bekas anggota Kabinetnya itu sama sekali tidak benar.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT