CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tauke Warung Pak Mat Pulau Pisang meninggal dunia

17-12-2024 09:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28474| Komen: 1

 


KOTA BHARU – Pemilik Warung Pak Mat Pulau Pisang di Medan Ikan Bakar, Kampung Kedai Buluh di sini meninggal dunia hari ini.

Allahyarham Nik Mohd. Noor Mohamad yang merupakan pengusaha kedai makan yang terkenal dengan hidangan teh tarik madu dan sup kepala ikan itu menghembuskan nafas kira-kira pukul 10.20 pagi semasa berehat di rumahnya.

Menantu Nik Mohd. Noor, Mohd. Khairi Mohamad berkata, bapa mentuanya mengadu sesak nafas sebelum meninggal dunia.

“Jenazahnya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kedai Buluh di sini selepas solat Zuhur hari ini,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 18-12-2024 10:04 AM
Innalillah..sape ni..perlu ke masuk ci

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.037516 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top