CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Mangsa ejen pelancongan ke Korea Selatan sila buat laporan’ - Polis

17-12-2024 08:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29678| Komen: 21

 


KUALA LUMPUR – Orang ramai yang mendakwa menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan milik seorang pempengaruh yang berpangkalan di Korea Selatan diminta tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung insiden tersebut.

“Saya menyeru mana-mana mangsa yang terbabit supaya segera membuat laporan polis. Kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Korea Selatan untuk menyiasat perkara ini.

“Laporan itu penting bagi memudahkan polis mendapatkan kerjasama daripada Interpol atau pihak berkuasa Korea Selatan,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di laman media sosial TikTok video seorang wanita yang mendakwa dirinya bersama rombongan terkandas di lapangan terbang selepas tiket penerbangan pulang ke tanah air yang dijanjikan oleh pempengaruh dikenali sebagai Kim Seri tidak wujud.


Wanita itu mendakwa telah membuat semakan di kaunter tiket namun namanya bersama rombongan tidak tersenarai dalam rekod tempahan penerbangan.

Dalam video tersebut, wanita berkenaan turut mendedahkan bahawa percubaannya menghubungi Kim Seri hanya berakhir dengan alasan masalah teknikal dalam proses tempahan tiket.

Luahan wanita tersebut yang mendakwa sudah membuat bayaran penuh seperti diminta pempengaruh berkenaan turut menuntut agar Kim Seri bertanggungjawab atas kejadian itu.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata netizen meminta mangsa segera membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu terbabit. 

Sumber - KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 17-12-2024 08:40 PM
Kasi upp
Quote ekselen 17-12-2024 09:32 PM
scammer dimana2..so berhati2 lah..
Quote Sesuatu… 17-12-2024 11:01 PM
Aloh aku tunggu benang bukak utk deni. Kt X & Thread meletop dh org share kena scam. Alih2 guna card single mom, burnout etc.
Quote bunnyj3lly 17-12-2024 11:07 PM
Finally.. I berhusnuzon dia over kompiden pakej sekali dengan tamak dgn fatamorgana dunia tipu tipu. Dengarnya, restoren dia pun bukan register nama dia, nama Malaysian yg kawin dgn Korean, duduk sana. Tapi duit pelaburan buka tu duit dia la. Agaknya business resto sendu, cash flow dah teruk, korek sana, kambus sini. Sudahnya.. orang lain jadi mangsa.
Quote renko 17-12-2024 11:13 PM
Apa lancau guna nama kim kim babi ni
Perasan dah jadi korea ke
Babi kau kimak
Quote dakewa 18-12-2024 12:05 AM
Tapi perfume kim seri yg yeosu tu wangi nyah. Nampaknye iols kene borong byk2 perfume sheols tuu.
Quote edayildiz 18-12-2024 12:36 AM
kim seri tu eh..kt tt lalu lalang lsl ramai kena scam..
awat la jd gitu kim seri..ptt kena cerai..
ke sejak cerai jd gini? mayb xpandai urus bisnes tp dia mmg scam bab tix tu..bertabah la..
Quote honeybee1802 18-12-2024 12:41 AM
bunnyj3lly replied at 17-12-2024 11:07 PM
Finally.. I berhusnuzon dia over kompiden pakej sekali dengan tamak dgn fatamorgana dunia tipu tipu. ...

Lor thot resto dia...semua2 dia nak buat tak dan 1-1...dah abis study lom?dia dah abis pikir ke nak scam2 ni...dah la dia single mom..aanak2 dgn dia...cari pasal buat kes kang kena msk jail sana..camno anak2 tu?
Quote CikHasanah 18-12-2024 05:54 AM
KS kan? Elok sedap dia tutup komen dan buat konten kelemahan pengurusan.
Quote alieyrina 18-12-2024 07:30 AM
Gelap mata la tgk duit byk camtu
Quote BoongaKertas 18-12-2024 09:07 AM
kwn meols kata ada syarikat tu siap byr sheols dlm 300k? serius lah amount tu?
Quote lil_honey 18-12-2024 09:10 AM
kes kim seri ni boleh jadi reminder to us untuk ambik ejen yang berdaftar dgn MOTAC..
Quote emera 18-12-2024 09:19 AM
Terlampau percaya influencer. Influencers serlmua tu xkan korg x tau semua tu tipu2 je. Tyg semua benda baik2 elok2 pas tu korg pakat kagum padahallllll….
Quote stargazers 18-12-2024 09:25 AM
Nak gi koya pun kena pakai ejen ke
Quote leon_mclaren78 18-12-2024 09:27 AM
Ai pernah gi mkn kat resto dia kat Myeongdong tu last month... so-so jah... tak pasti la lauk2 tu semua diaorg masak masa tu atau reheat yg frozen punya jah. Boleh beza masakan yg baru dimasak atau reheat... dia punya freshness tu kita boleh kenal. Apapun still boleh makan la... bukan la tak sedap langsung... cuma kurang fresh bagi ai. Bagi org lain, x tau la.  

Ms mkn kat situ ada 2 org staff jah yg melayan... sorang staff dia foreigner pompuan (nampak mcm org timur tgh) duk kat blkg kaunter... x berapa reti speaking english pun... pastu lg sorang adik lelaki si Kim Seri tu, dia yg byk melayan customer. Choice menu x berapa byk pun kat resto dia tuh...faham sbb resto dia baru lg beroperasi... tapi harga secawan kopi kat resto Kim Seri ni dh nk sama mcm harga secawan kopi Starbucks yach. Harga agak mahal. Mmg sekali tu jah weols gi mkn situ (ai stay seminggu kat Seoul). Mlm td terbaca status kat socmed nnt resto ni nk naikkan signboard nama baru sbb owner dia yg betul bukan Kim Seri, tp nama dia Airaa.


Asalnya ai follow IG Kim Seri ni sbb sblm ni sheols suka share tips kalo gi travel kat Korea... lokasi2 yg menarik utk dilawati, etc. Ms tu sheols masih study & belum bwk anak2 sheols pindah Korea lg. Mmg x sangka la sheols jd mcm ni akhirnya. Mujur ai x terasa nk amik TA under si Kim Seri ni.... dh 2 kali ai gi Seoul, dedua DIY jah dgn kekawan sbb more convenient. Apa2pun semoga mendapat pengadilan utk theyols yg teraniaya.


Quote stargazers 18-12-2024 09:28 AM
Semoga melingkup lah scammer
Quote L.U.S.M 18-12-2024 09:59 AM
edayildiz: kim seri tu eh..kt tt lalu lal ...


Ni pun blh kata kurma la kot
Ko study laki sapot jaga anak segala bagai...ko pemes sikit laki ko terus ko kick..perasan lawa muda pdhl pki filter..lepas tarik filter terus nmpk 30an tu..

Ingatkn byk duit byk income hidup selesa..
rupanya byk gali lobang tutup lobang
now terus hidup jahanam..
Tamak sgt nk kaya cpt kan
Jadi pengajaran buat kita semua
Quote prettyuglybabe 18-12-2024 10:28 AM
masak la kau bila polis dah keluar statement..
jangan pasal dia, lepas ni malaysian susah nak masuk korea..
so mangsa, sila la buat report polis..
jangan pong pang kat soc med tapi berat bontot nak ke balai..
or bagi alasan kesian segala..
kalau kesian, patut kau diam-diam je tak payah buka cerita dari awal..
Quote bakingsoda 18-12-2024 10:32 AM
mmg kacukan korea ke kpop celup ni nama kim seri? nama sebenar ape? hakimah serimah?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.038253 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top